Saturday, December 14, 2013

Banjir di Kuantan.

Wrote By aleen afifi

Assalamualaikum...

Macam mana korang? rumah kena banjir tak?

Saya adalah sangat bernasib baik sebabnya, saya dan kutex berpindah keluar dari rumah yang kami sewa di Kemaman ni betul betul pada 30hb Nov aritu.


Kalau still duduk situ,memang tenggelam la kami anak beranak kat situ. Tapi tak ada lah tenggelam terus, tapi boleh tahan juga la paras air kawasan tu. Dengan elektrik dan air tak ade lagi.


Saya tak pergi tinjau pon area rumah lama kami tu tapi dengar dari rakan sekerja yang tinggal di area yang sama.

Rumah mak and rumah mak mertua memang terlibat banjir jugak. Sedih sangat bila p tengok rumah yang ditenggelami air tu. Barang barang pon semua tak sempat nak angkut. Memang menjadi habuan si pengutip sampah dan pengutip besi buruk. Sobsobs.



Ini adalah keadaan rumah mak mertua pada hari ketiga banjir tu. Air memang tinggi. Sampai paras dada kalau dekat bahagian garaj and dapur. Sebab rendah kan. Peti ais, meja makan, almari semua tunggang terbalik.

Alhamdulillah rasanya semua dah siap kemas and buang yang mana patut buang. Tapi orang tua kan, semua benda dia rasa sayang. Mungkin ada sentimental value bagi dia. Tapi kalau dah memang tak boleh guna. Tak guna jugak naksimpan pon kan

Bagi daerah Kemaman juga saya kira semua dah recover. Rata rata staff tempat saya kerja pon dah masok kerja semuanya. Alhamdulillah.

Semoga dengan apa yang berlaku ini dapat menginsafkan kita supaya tidak terus alpa. Syukurlah kita masih diberi peluang bernafas dan hidup hingga ke saat ini.

Alhamdulillah..





0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template