Sunday, November 3, 2013

Cuti cuti ni kita habiskan duit suami.Hiks

Wrote By Aleen Afifi

Khamis malam dah gerak balik Kuantan sebab Kemaman kan cuti sampai Ahad. Ingat Isnin malas nk keja ni sebab assignments tak siap lagi ni. Tapi tengok dulu la macam mana kan.

Jumaat hari tu, sementara pejabat masih lagi buka di Kuantan, saya ada banyak hal nak buat. Saya nak kena pergi KMC nak amik copy reference letter Xray kepala saya Mac lalu. Sebab insurans tak dapat nak claim lagi so dia nak reference letter tu. Huhuhuuu.

Lepas tu saya pergi PASDEC, pemaju perumahan rumah yang Kutex beli tu. Tukar kunci rumah, sebab dorang bagi kunci rumah salah. Hanya kunci pintu belakang je boleh guna. So pegi buat aduan and tukar tapi kunci tak dapat terus. Nanti dia call mintak kita pick up kunci yang baru.

Mujur saya pergi sorang,anak saya tinggal kat mak saya. Thanks ma tolong jagakan Arissa.

Lepas Jumaat Kutex ajak pergi kedai lampu. Nak beli lampu tuk rumah tu nanti dalam 2 minggu ke 3 minggu lagi nak pindah masuk dah tapi malangnya tak ade electrician yang dapat buat wiring minggu ni. Semua pon busy. Tapi bagus la jugak. Kunci rumah kan saya dah pulangkan dekat pemaju. Nak masuk pon tak boleh jugak kan. So minggu depan hopefully dapat kunci rumah boleh terus wiring pape yang patut.

Kitorang beli lampu yang biasa biasa je dulu sebab nak kumpul dana jugak kan nak beli yang gempak gempak. Tu pon beli yang biasa pon dah beratus jugak harganya kalau dah beli banyak. Dengan beli kipas lagi kan.

Tapi kalau bukan keluar dari poket saya, saya tak risau sangat (keji plak). Kalau duit saya yang saya kena keluarkan of couse macam gigil satu badan. Hahahha..

Kipas beli dekat kedai lain. Beli 2 ketul je dulu untuk hall and bilik utama. Yang lain nanti kita beli lain kali. Aircond untuk hall pon kitorang plan nak beli lain kali je sebab benda tu semua nak beli nak kena kumpul dana dulu kan. Bukan boleh main redah aje kan. Kang ikat perut plak berbulan bulan sebab duit belanja dah pakai beli benda tu semua kan.

Harga plak bukan seposen dua kan. Beribu kan. Huhuhuuu. Oklah nanti nanti saya update lagi ok.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template