Sunday, October 20, 2013

Pengalaman tayar kereta pecah.

Wrote By aleen afifi
Assalamualaikum.

Al-Fatihah disedekahkan kepada arwah moyang saya yang telah kembali ke rahmahtullah Jumaat lalu.

Saya balik ke Kemaman Rabu  malam Khamis sebab khamis tuh saya masok kerja. Saya tahu moyang saya memang sedang tenat tapi saya memang tak expect yang dia akan meninggalkan kami dalam waktu terdekat ni.

Lepas kerja saya balik rumah macam biasa (rumah sewa di Kemaman la). Balik macam biasa then malam tu saya masok tido pon macam biasa la. Jam 1am pakcik saya call, and bagitahu moyang saya dah tak ada. Tapi sebenarnya moyang saya masa tu sedang bertarung nyawa la. Kalau dia di rumah, mungkin kami dah assume dia sudah meninggal tapi oleh kerana ia ketika itu berada di hospital jadi ada skrin yang monitor heartbeat dia. Heartbeat dia masa tu lebih banyak terhenti dari berdegup. Officially time yang dia menghembuskan nafas terakhir adalah lebih kurang jam 3am.

So pagi Jumaat saya bergegas balik ke Kuantan untuk menziarahi jenazah buat kali terakhir. Lebih kurang jam 10.40 am jenazah selamat dikebumikan. Dah settle semua saya balik rumah mak saya. Malam tu saya mohon untuk balik semula ke Kemaman sebab Sabtu yakni semalam saya kena masok kerja.

Saya bertolak dari rumah mak saya lebih kurang pukul 10.25 pm.Then bawak lah kereta macam biasa. Saya memang biasa drive laju, sebab kalau drive slow, saya mengantok nanti. Sampai depan Kuantan Sentral (Terminal bas baru tu), saya memang ada langgar sesuatu, ada dua buah kereta yang langgar benda yang sama waktu tu. Kereta saya and kereta belakang kereta saya, Harrier. Tapi dia terus berhenti tepi lepas dia langgar benda tu. Saya teruskan aje drive.

Masok kawasan Balok, hujan turun dengan lebatnya. Saya masih meneruskan perjalanan. masuk highway Sg.Ular, terhuyung hayang lah kereta saya waktu ni. Masa ni hujan dah reda, cuma renyai renyai je. So saya berhenti tepi. Oiiiii lori minyak and lori kontena lalu jalan ni bawak macam pelesit lajunya. Bergoyang goyang kereta saya duk kat bahu jalan tu.

Then saya call Kutex, mujur dia masih ada di Kuantan, masih cuti raya. Sebab saya kan kerja hari Khamis, so dia kena jaga anak, taska Arissa tutup hari Khamis. Kutex sampai pukul 11.05pm ok. Lembap dato' tu bawak kereta. Hahaha.

Masa tunggu Kutex ni, saya memang on kan lampu kereta tapi tak on kan enjin.

Sampai je kat kereta saya, kami keluarkan tayar spare dalam boot kereta saya. Dalam boot kereta saya memang tak ada tools yang untuk bukak tayar kereta tu. Pastu Kutex cakap dalam kereta dia pon tak ada. Haih dah macam mana nak tukar tayar ni. Haiiiiyyooohh. Lepas tu Kutex tanya eh, enjin hidup ke tak, jawap jela tak, memang enjin tak on pon masa tu. Kutex try p start enjin. Tak boleh start oooooiiiii. Dah tambah satu lagi masalah. pastu kitorang biar jela, nanti nanti kita try start lagi semula.


Pastu call la Pakcik mintak pakcik datang tolong bawakkan tools tuk tukar tayar.

Siap tukar tayar, pakcik start kereta, alhamdulillah boleh start.

So terus gerak balik ke Kemaman, Kutex pon balik Kemaman lah jugak, Sabtu saya kerja biar dia jaga Arissa kat rumah Kemaman. Siap tukar tayar dah pukul 12 malam uoolllsss. Sampai rumah dekat jam 1 am dah sebab kereta saya tak boleh bawak laju. Tayar spare tu lebih kecil dari tayar normal. Kutex cakap semua kereta baru semua disediakan dengan tayar spare yang kecil. Standard.
 Yang ni tayar yang sebelom ditukar. Tayar normal.
Ini adalah tayar spare yang menggantikan tayar yang pecah tadi. Kecil kan.

P/S: saja nak pesan, tools untuk tukar tayar harapnya korang ak keluarkan dari bonet kereta sebab kalau jadi macam saya ni, dah tak pepasal, dah menyusahkan semua orang.huhuhuhu...

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template