Friday, October 11, 2013

Tak cukup kalau makan sikit.

Wrote By aleen afifi
Hujung minggu lepas ma and adek beradik saya datang rumah. Mulanya tak nak masak sebab memang malas sangat nak masak. Ma pon cakap nanti ma bawak nasi goreng. Saya masa tu kan demam and selsema. Kutex plak tak sehat sebab tangan dia tu kan.

Ma sampai pon dah 6.30 petang. Mula mula ma je sampai. Lepas tu kakak yang sulung sampai pastu mak saudara yang pernah jaga Arissa tu plak sampai.

Lepas tu pikir. Takkan la tak masak apa apa kan. So decided masak mee soto. Mee soto ni lebih sedap kalau ada begedil sekali. Kebetulan adik tu dia ada bawa bibik dia sekali. So mintak tolong dia je la tolong buatkan begedil ni.

Yang ni yang bibik adik saya buat. Banyak kan??maaflah presentation tak semegah. Rumah saya tak ade lagi set pinggan mangkuk Corelle kakton tu.

 Yang ni yang saya buat tempoh hari. Belom digoreng.

Ya allah sedap gila la begedil dia. Dia buat sebesen. Habes ok. Saya sempat makan 4 ketul je tau. Sobsobsobs.
 Dah goreng jadi macam ni. hangus sikit sebab mana nak layan kan anak, mana nak masak lagi kan. Sebab nya masa saya tengah masak ni, Arissa mandi. Lepas tu dia tak mahu abah dia lapkan. Nak mak dia jugak. Terpaksa lah tinggal dapur kejap. Datang tengok. Dah hitam semuanya. Gasak je la.

Sebab rasa tak cukup je makan begedul ni minggu lepas. Saya buat lagi sekali dua malam lepas. esipi saya ingat ingat lupa tapi saya bantai jela style saya. Meh saya list kan bahan bahan. Begedil nih begedil kenang ye, bukan yang guna daging tuh.


Bahan bahan:
  • Kentang 20 biji
  • Isi ayam *aritu guna peha dua ketol
  • Bawang merah 
  • bawang putih
  • garam
  • Jintan putih
  • Daun sup
  • gula sikit
  • isi udang *ari tuh menda ni tak ada so saya guna udang kering sebagai pengganti.
  • Telur
Cara cara:
  • Goreng kentang sampai kekuningan la.
  • Goreng bawang merah yang dah dimayang
  • Isi ayam tuh rebus kejap bagi dia lembut.
 Bila bahan goreng dah siap.
  •  Tumbukkan semua bahan sekali.
  • Masukkan garam.
  • Gula sikit
  • Jintan putih
  • Dan daun sup yang telah dimayang.

Lepas tu gaul segala bahan di dalam bekas besar. Gaul sampai sebati.Lepas tuh buat bentuk bulat bulat supaya nampak lah rupa begedil.

Lepas tu panas kan minyak atas dapur. Sebelom menggoreng, celopkan begedil itu tadi di dalam telur yang telah dipukul hingga kembang. Kemudian bau goreng. Then siaplah untuk dihidang.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template