Friday, September 6, 2013

Majlis jamuan hari raya Maintainance Department KBC.

Wrote By aleen afifi
Assalamualikum

Sehat ke hari ni?

Lama rasanya tak update apa apa kat sini. Tak cukup masa sekarang ni. Kat tempat kerja memang tak pandang tepon langsung. Kalau pandang pon tengok kejap acc IG or facebook. Kerja saya sekarang berganda ganda sebab clerk saya tu nak berenti dah. Insyallah 12hb ni last day dia.

Tapi hari ini bukan saya nak cerita pasal kerja.

Kali ini nak cerita pasal majlis hari raya company tempat Kutex kerja yang berlangsung hari selasa hari tu. Tak silap Selasa kot. Lupa dah.

Dah last last syawal baru berkesempatan buat kot. Untung jugak ada dari tak ade kan.


On the way nak pergi Resort World Kijal, dulu nama dia Awana Kijal. :')


Tudung style apa, saya pon tak tahu sebab memang malam tu pakai tudung dia tak mahu menjadi. Kutex plak selok nak cepat cepat. Macamkan dia tu orang penting sangat kat majlis tu. Kalau dia sampai lambat majlis tak boleh nak start. Al kunun saja lah. Padahal.......*sambung sendiri ok.
 Arissa macam terkejut orang suruh dia pandang camera. Padahal dia memang kaki lensa tapi nak posing tak pandai mana. Sama sangat macam mak dia. Abah dia tak payah cakap lah, memang out of frame je manjang. Jenis kalau nak amik gambar, orang suruh senyum, dia p senyum gaya nak ngorat maknyah. Nyampah haih tengok. So baik tak payah bergambar la abah dia tu.

*Amboi sedap nya mengutuk dah akhir akhir syawal ni. Ekekkekek.
  
 
Arissa buat muka haaaaa.


Masa lepas makan tu Arissa ni banyak songeh ok. Sebab Kutex dan saya tak bawak susu dia. Bila dia mintak tak dapat dapat apa lagi. Jerit sana jerit sini mulut dia tuh. Haih..

Kitorang balik lebih kurang pukul 10++ macam tu. Teros balik rumah la sebab budak Arissa tu dah kemaruk nak susu. Tapi sampai rumah dia terus tidur je. Susu pon bagi kat dia,dia minum separuh je.

Oklah nak mandi and kemas rumah. Lepas tu nak masak. Petang plan nak g cuci rumah. Kalau tak ade aral la. Sebab pagi ni Kutex kerja. Haihhhh.




0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template