Wednesday, September 11, 2013

Kerusi dan peti memang tak bersalah.

Wrote By aleen afifi
Semalam masa ambil Arissa dari taska, dahi dia benjol. Besar sangat sampai ke kawasan anak rambut dia punya besar. So tanya lah cikgu dia kenapa jadi macam tu. Cikgu dia beritahu, dia jatuh trsembam masa main kejar kejar dengan budak taska yang lain.

Tapi masa saya sampai tu Arissa masih lagi bermain dengan kawan kawan dia. Macam dia tak rasa sakit la kat dahi and kepala dia tu. Tapi saya tekap tangan saya kat tempat tu. Rasa panas. Mungkin tempat tu dia rasa berdenyut kot.

Sampai rumah, saya buat preparation nak masak. Masa saya dekat dapur tu, saya sedar dan dengar Arissa seret kerusi kecik dia tu pergi dekat peti ais. Tapi saya tak berpaling tengok pon. Dekat peti ais tu biasalah, ada frigde magnet kan. Dia nak ambil salah satu dari nya la kot.

Sekali saya dengar..keeeeeepppppeeeerrrraaaangggggg...

Arissa jatuh dan kepala dia yang mana sudah sedia ada benjol tu yang menuju ke lantai dahulu.

Saya masa tu tengah potong daging. Tanpa basuh tangan, saya meluru ke arah nya. Arissa menangis dah tahap meraung da masa tu sambil pegang dahi dia. Saya tahu dia dalam kesakitan. Sambil saya pangku dia sambil saya urut dahi dia sambil selawat dan hembus ke dahinya. Sambil tu ada la jugak saya bebel dekat dia yang saya tak penah ajar dia panjat panjat semua tu.

Dia memang tak dengar pon bebelan saya selain pandang ke mata saya dan meraung kesakitan.

Saya stop kejap prepare bahan nak masak. Saya layan dia kejap dekat hall. Kesian saya tengok dia. Haihhh apa lah naseb dia sampai dua kali jatuh. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga pulak.
Ini lah rupa benjol dia. Memang masih berkilat dan hijau lagi sampai ke pagi tadi. Tapi dia dah tak ada mengadu sakit sakit dah macam malam tadi. Tapi dia sakit sakit pon malam tadi. Tido lewat jugak. Dekat pukul 11 lebih jugak dia terlena. Haihhhh..

 

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template