Friday, August 30, 2013

Dapat dah box dari Wonderbox.

Wrote By aleen afifi
Sebenarnya lama dah kot tunggu barang dari Wonderbox ni. Bila baca term and condition dia. Dia bagitahu yang dorang pos barang setiap 27hb setiap bulan. Masa beli tu dah 29hb 7. Kira dah terlepas la. So tunggu punya tunggu hari Rabu 28 hb 8 hari tu baru sampai.
Memang pakai alamat rumah so masa dorang hantar tu saya kerja. Orang GDex tu plak p call Kutex. Mujur nombor fon kami lebih kurang. Beza nombor belakang je la kan. So Kutex suruh je hantar p ofis dia. Selamat.

Bila dapat, tengok memang tertera nombor telefon saya.Ohhh maybe orang GDex tu la salah tekan kot.
So bila dapat macam tertanya tanya la barang apa yang dapat sebab kita tak bole pilih nak barang apa. Kita cuma bayar je then dorang yang pilihkan and pos bagi kita. Saya memang start bulan lepas memang akan estimate RM45 tuk beli barang dari Wonderbox ni.

Jom tengok dapat apa.


Packaging sikit punya cantik. So saya dapat Green Tea shower gel, Noutregena cream,bloop nail color (for sure saya takkan pakai yang ni), NuTeen acne cream and dua pack serum for hair.
So korang kalau nak try beli barang yang mahal tapi dengan harga yang reasonable and masih di bawah kemampuan korang bole lah try beli dekat Wonderbox ni.

Ok selamat bershopping.




0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template