Monday, July 1, 2013

Whooooaaaaa pengsan

Wrote By aleen afifi

Pagi ni pergi clinic gigi dekat Geliga sana sebab saya rasa karies (ejaan kelaut) macam dah tebal macam tempe terlebih kacang.* eh eh.

Sampai sana 8.34am. Dorang letak dalam blog jam 8.30am dah buka. Hek dia la. Padahal pukul 9.05am baru dia buka. Ceh. Melepak je dalam kereta tunggu dua buka. Dapat la lelap kejap.

Lepas tu daftar nama ape semua. Tunggu la kejap lebih kurang 15 minit 37saat. Sementara doktor tu nak siapkan kerusi segala. Lepas tu dia panggil. Masok lalu baring.

Sah doh ni.

Doktor tu kata plug gigi memang dah tebal. Dah macam bedak 23" dia kata. Eh eh doktor ni. Ececec mana ada dia kata gitu pon. Saya je actress mengada merepek terlebih. Hahahha.

Dah siap cuci kumur semua. Saya dibenarkan balik (dah macam baru lepas bersalin plak). Hiksss. Masa nak bayar tu terkedu juga tapi naseb memang bawak duit lebih. Kalau tak terpaksa lah mintak Kutex datang dan bayarkan.

Layanan kat situ memang ok. Nice je. Tapi sebab saya datang awal pagi sangat kot. So pekerja dia macam malas nak senyum. Marah kot sebab saya datang awal dorang tak sempat nak tampal make-up. Tambah pulak dorang belom breakfast maka betambah lah amarah depa terhadap saya. Hiksss.

Saya buat scalling and x-ray sekali sebab die kata nak tengok keadaan dalaman gusi saya. Haaaa gitu. Entoh le sebab apa. Saya ok sesaje. Bila nak bayor. Mak haih. Pengsan 30 kali. Yang kali ke 30 terus tak bangun bangun. Boleh la Kutex kawen lain *eh eh.

Ok lah. Mari sambung kerja.

1 BiseekBuzz:

Rara Nasiha on July 1, 2013 at 10:02 PM said...

Lamanya tak pergi klinik gigi. Dulu rajin jugak pergi.

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template