Tuesday, July 9, 2013

Biawak hidup mendatangkan masalah. Ehhh

Wrote By Aleen Afifi
Semalam buat revision dekat library PTAR1 UiTM Shah Alam. Masok dalam library tu tetibe kena halau sebab kawan kita si Moon tu tertinggal matrik card dalam kete saya. Sebab nak masok dalam tu kena ada matrik card. Takkan nak suruh die sorang keluar. Kami datang sesama. So keluar la kami dari library tu sesama jugak. Moon pon pegi la ambik matrik card dia dalam kete. Ahh malas la nak cerita.

Semalam lepas abes study dekat library tu kitorang pegi la makan dekat burger bakar Abang Burn tu dekat Seksyen 7. Ok la masa kitorang sampai tu tak ramai orang sangat. Dalam 20 orang la dalam tu tak termasok staff.



So saya order meatballs dia tu. Kawan saya si Moon makan burger dia. Sambil makan sambil borak borak kosong. Selepas seketika tu kan. Haih nak cerita tak sampai hati plak. Kang merudum sales meatballs abang burn. Tapi saya cerita jugak la ye.

Kitorang dah makan halfway tu. Kira dah separuh la makan.

Tibe tibe *masokkan bunyi suspen.

Kecoh kat bahagian dapur tu.Yela tempat masak die dekat depan kan bukan dekat belakang macam kebiasaan restoran tu. Seme staff dapur lari keluar.

Sorang minah dapur tu jerit "tu ade biawak tu kat bawah tu". Saya dengar 'biawak' 'kat dapur', terus jadi tak lalu makan.

Dugaan apakah ini?ceeeaaaa..

Sorang staf lelaki ni pergi la halaukan biawak ni supaya keluar dari kedai. Bila biawak tu dah keluar, mamat tadi masok balik dalam kedai and ambil plastik sampah. Biawak tadi ade kat luar kedai, staf kedai sebelah tengah tahankan dia dengan kon tigasegi tu. Lalu mereka berdua ni. Eh bertiga, sorang lagi entah la bila masa plak dia ada dekat dengan biawak tu. Dorang cuba tangkap biawak tu masok dalam plastik sampah hitam tadi.

Depa buang kat belakang kedai. Saya nampak orang yang buang tu pergi belakang kedai tapi tak tahu la dia buang biawak tu kat mana.

Korang boleh image tak, dalam kedai makan ada biawak. Ape persepsi korang kalau perkara ni jadi pada korang. Haih.
Then kami dah tak sambung makan makanan kami tu. Tak lalu. Teros bergerak balik.

Masa on the way balik ni. Dah nak dekat simpang masok dekat rumah tu dah. Ada sekatan polis plak. Saya masa tu baru je tanggalkan seat belt. Sekali polis yang tak berapa hensem tu suruh saya ke tepi.
Petanda apakah ini? Rasanya roadtax belom mati lagi. Bulan depan due dia.
Dia mintak IC lesen segala. Pastu dengar dia pergi dekat kawan dia then dia kata 'Man mintak borang Man". Saya agak borang saman la tu. Haih..
Pastu dia datang kat saya lalu dia pulangkan lesen dan IC saya tu. Lalu dia kata "ok dah. boleh jalan". Saya ni tanya la kenapa sebenarnya. Dia boleh jawap "kita ambil details je nak letak dalam borang ni,bukti la kita memang buat sekatan ni arini." Hampeh tak?¿?

Saya dengan Moon dalam kereta dah cuak macam hape je masa tu. Lepas tu kami blah la balik rumah. Mandi mandi seme. Tengok tv kejap pastu tido. Memang tak bukak buku pon malam tu sebab dah penat otak siang tu dah pulun study kan tapi toksah tanya la. Satu hapa pon tak paham. Haih...




0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template