Thursday, July 11, 2013

Sahur ramadhan kali ini. Dua hari puasa yang berlangsung setakat ini.

Wrote By aleen afifi

Alhamdulillah kali ini dapat bersahur dengan gaya seorang isteri muslimah akhir zaman. Ahhh muslimah la sangat kau kan. Maksud saya boleh la masak untuk Kutex walaupon cuma telor goreng sesajo kan. Tapi makhluk tu telor je pon dia makan macam kan makan lauk rendang daging air tangan mak. Menambah kemain.

Tapi sahur tak ade lah dia menambah. Kalau makan malam memang dia menambah makan. Pelik jugak kengkadang. Padahal masak telor kicap pon dia punya selera macam hape pon tak tau nak cakap haih.

So dua hari sahur ni saya memang goreng telor je dua biji then makan dengan nasi and kicap. Better la kan than nothing to eat kan.

Semalam saya berbuka cuma masak satu lauk saje. Buncis goreng bilis. Terlebih pedas tapi boleh la telan. Sedap pulak. Kutex goreng telor sendiri sebab saya tak goreng pon sebelom tu. Dah dia menambah nasi and nak telor. Haaa goreng la sendiri ye sayang.

Saya tak berhenti p bazar pon semalam sebab duit lupa nak bawak. Saya letak dalam bag lain. Bila nak pergi kerja lupa nak ambil bag tu so petang tak dapat la nak.beli makanan di bazar. Hari ni, hopefully Kutex pergi la bazar and beli something sebab saya susahnak berhenti. Nak bawak anak lagi. Buatnya anak hilang masa kat bazar ha. Tak ke naya pulak kene buat repot polis segala kan.

Ermmm.. Hari ni tak tahu lagi nak masak apa. Dalam esbok pon entah ada apa. Rasanya tak ada apa apa melainkan lada kecik and kacang buncis lebih yang tak masak lagi tu je. Haih.

Kutex kalau baca ni. Beli lah makanan sikit ye kat bazar. Beli ayam percik je pon tak ape.

Ok babai. Selamat berbuka.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template