Monday, July 22, 2013

Bergadoh sokmo mung dua orang ni. Haih.

Wrote By Aleen Afifi
Kajang Pak Malau Kajang Berlipat
Kajang saya mengkuang Lalu
Kalau nak merasa disebat
Marilah kita bergadoh selalu.


Haaaaaaaaa... Cantik tak susuan pantun acik hari ini. Hahahha , sejak bila korang panggil saya sebagai 'acik' plak nih kan?? Kecelaruan identiti sekejapan saya nih.

Nak cerita lah ni, sejak sejak duduk serumah nih, Kutex dengan saya haih lah, bergadoh memanjang. Tapi tak ade lah 'hard core' sangat bergadoh nya. Mengada ngada je bergadoh ha. Kutex nih satu hal tau, dia suka cakap saya malas. Hahaha. Memang saya mengaku lah saya malas nak lipat baju. Kadang peram dua tiga bulan baru nak lipat. Bukan kadang lah, memang selalu macam tuh.

Jadi, dia ni suka berkemas sikit. Dia kalau basuh baju, dia basuh sampai kasik siap. Sekarang ni kami guna mesin basuh yang semi auto tu. Yang automatik tuh besor sangat so tak muat space dekat bilik air tuh. So pakai lah yang semi auto ni, Bukan semiconduktor atau semi final ye. Kang ade pulak pasangan baru kawen p kedai barangan elektrik, pegi cai mesin basuh semiconduktor atau semi final. Haaaa sampai mati pon tak jumpa dik oii..

Bila tuan kedai tanya, "kat mana awak tahu ada jual mesin basuh macam tuh?". Dia konfiden jawap, kat blog minah Aleen tuh. Haaaaa sudah, kang saya plak kene soal siasat dengan SKMM, sebab sebarkan maklumat palsu. Ammmmmbbbbbooooiii jauhnya menyimpang. Heheheh.

Baru baru nih adalah gaduh beso sikit, sebabnya, saya cabut langsir hall sebab langsir tuh meleret sangat. So saya nak alter la kasik pendek. Asal saya nak menjahit je, Arissa datang ngacau, sedangkan si Kutex ni, sedap baing mengiring layan tv. Bukan saya marah Arissa datang kacau, tapai kalau terkena jarum ke, terkena gunting ke dalam bilik menjahit tuh. Siapa yang susah. Dia sedap lah nanti boleh tuduh saya careless, sedangkan dia duduk depan tuh, ape salahnya ajak anak duduk depan sama, kena lah pandai pujuk supaya anak dengar kata.

Arissa nangis meraung raung cari saya, dia boleh buat derkkkkk je. Pintu depan tak ade langsir, tetiap hari tanya, langsir bila nak pasang. Habis tuh, saya baru nak pasang plug mesin, anak datang mengacau, camne nak siap langsir tuh Kutex oooooooiiiii. Arissa nangis nangis depan pintu sampai dia terjatuh ke lantai, sebab lantai situ dekat dengan bilik air, so dia macam basah la sikit.

Haihhhh.... Macam mana ek nak bagi si suami ni bekerjasama sikit kalau kita perlukan masa untuk tidak diganggu si anak. Hohhh..

Sejak puasa nih, dah jarang gadoh sikit. Gadoh lah jugak, tapi tak ade lah setiap minit ke ape kan. Gile hape nak gadoh setiap minit. Bulan puasa nih. Bulan keberkatan kot. Ambik berkat sikit la, jangan gadoh gadoh. Tak baik tau, Allah tak suka. Ek eleh. nasihat la kat diri sendiri woooii.   - ehh bermonolog plak hati kecil nih.

Oklah, entri ni memang tak bermanfaat langsung, tapi terima kasih lah kerna sudi membaca. Izinkan saya lampirkan disini, lauk berbuka saya dan Kutex pada puasa hari ke-9 yang lalu. harap anda sudi melihatnya.
 

Saya akhiri entri tidak bermanfaat ini dengan serangkap pantun.

Pecah kaca pecah gelas,
Pecah gelas menjadi kaca bertaburan,
Jika sudah dibaca entri diatas,
Diharap anda kelak tidak diselubungi kekesalan.

Sebab apa nak kesal, sebab entri nih kan tak bermanfaat, apetah lagi berilmiah memang jauh sekali. 
Okbai!!!!..

 

1 BiseekBuzz:

.::WaNiE::. on July 22, 2013 at 1:34 PM said...

daku dapat membayangkan kestress-an kamu hahaha

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template