Friday, May 31, 2013

Perbezaan bila dah duduk sekali walaupun tempoh nye baru seminggu jagung.

Wrote By aleen afifi

Ewaaaahhh kerja ke?

Koi tak kerja. Biasalah Terengganu kan cuti. Kali ni cuti sampai Ahad. Ahad tu saya ada kelas. Haih.

Meh nak habaq mai *tetibe loghat nak sama dengan MatLutpi plak haih. Ni nak cerita ceriti sikit la koi sekarang kan dah duk serumah dengan sahabat, musuh, abang merangkap suami koi tu. Haaaa lah si Kutex trangtangtang la siapa lagi. Hiksss.

Dalam tempoh seminggu ni baru sekali je kitorang makan kat luar. Kelmarin. Denda tu, sebab dia janji nak lunch dengan saya tetibe dia p lunch dengan orang lain. Saya ni workmate seme dah kuar pegi mana entah. Takkan saya nak g makan sensorang. Memang bukan saya lah tu. Saya tak selera kalau makan sensorang. Hoiiio gediknya.

Hahahhaaa

Selalu kalau makan malam. Lepas balik kerja saya akan siapkan bahan. Masak nasi dulu. Pastu masak lauk. Biasanya saya masak satu dua lauk je. Lauk kedua tu ofcoz la telur goreng. Ekekekek. Tugas saya masak je. Kitorang tak de makan hidang pon. Sebab rumah ni masih belum ada meja makan. Orang miskin kannnnn.

Tugas basuh pinggan clearkan kuali periuk yang saya guna tadi adalah tugas maid yang merangkap somi saya tu. Kutex trangtangtang la kan. Hahahah. Kita sama sama letih balik kerja, ape salahnya di rumah pon sama sama buat kerja. Rumahtangga ni walaupun rumah kita duduk ni tak ade tangga, rumahtangga ni tetap rumahtangga kita berdua. *paham ke idok?.

Kutex dia ni suka tido lewat. Selalunya saya dah tido saya dengar dia duk basuh pinggan tungketangpingtuktukkkk <-----efek bunyik pinggan berlaga.

Tak kesah lah nak basuh waktu bila. Janji basuh jugak sebelom tido.

Sekarang pepagi Arissa dia yang mandikan. Amboii anak dara tu kalau abah dia yang angkat dia dari tempat tido, kemain dia lentok kat bahu abah dia. Kalau saya yang angkat, kemain menggelupur tak nak mandi. Kiranya Kutex tu membantu la jugak siapkan Arissa walaupon saya nak kena jerit 743 kali dulu baru dia nak buat. Janji buat. Lantak lah kena paksa pon.

Hoiiiiiii... Rumah tak payah cakap la. Kebanyakannya Kutex yang kemas. Semalam Arissa sepahkan DVD abah dia tu. Abah dia dah susun cecantik dia p sepahkan. Malam tadi abah dia jugak yang susunkan balik. Kalau saya, saya biarkan aje. Sebab kalau saya kemas besok pagi dia sepahkan balik. Heh...

Lagi apa lagi ek.

Kalau basuh baju. Belah malam basuh baju. Pagi besok Kutex yang jemurkan. Saya keluar dari rumah awal sikit dari dia pasal saya bawak kereta. Takot jalan sesak. Yeee ingat KL je ade kesesakan jalan. Kemamang pon ade tau. Mohon percaya. Sebab jalan bak ke tempat kerja tu dalam progress bina jambatan. Kat area tu memang sesak barat sangat.

Kutex pergi kerja dengan motor. So dia bole cilok mencilok. Dia keluar lewat sikit pon masih mampu sampai on time atau kalau lewat pon. Mungkin empat lima minit je kot kan.

Ehhhh saya nak pegi buat breakfast dulu la. Tengahari sikit saya nak balik Kuantan. Malam ni nak ke Segamat plak. Ex housemate saya si Ain tu kawen besok.

Ok lah. Selamat bekerja ok korang.

2 BiseekBuzz:

.::WaNiE::. on May 31, 2013 at 10:21 AM said...

ni yg aku nak confuse sikit ni

apsal x pegi keje sesama je???

aleen avril on May 31, 2013 at 11:53 AM said...

enth la...aku pon xtau...bio la die nk naik moto...

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template