Wednesday, May 29, 2013

Kitaorang dah tidak berjauhan lagi.

Wrote By aleen afifi
Ini meja saya and belakang tu bilik bos 'tukar tukar saya'. Ermmm. Saya masih belum dapat jaket kerja saya. Insyallah Kamis nanti dapat la gamaknya.

Percaya atau tidak itu lah yang berlaku sekarang ni. Saya sekarang dah tinggal sebumbung dengan Kutex. Bukanlah saya dengan dia sebelom ni tak pernah tinggal sebumbung. Kami kan selalu jumpa pon only on weekend saje. Sekarang memang tetiap hari balik kerja saya mengadap muka dia. Hiks.

Saya dah kerja di Kemaman sekarang ni. Tak pasti lah berapa lama mampu saya bertahan di sini. Hopefully biarlah sampai abes kontrak saya kerja sini. Kalau dia nak sambung kontrak saya pon selagi Kutex kerja dekat sini maka kenalah saya sign je kontrak tu.

Nak cut cost kan kene la berkorban sikit. Duduk serumah ni harapnya dapat lah share pape yang patut. Maknanya lebihan duit tu nanti bolehlah buat saving ke untuk naik rumah baru nanti. Tak pun untuk percutian keluarga ke atau untuk back up la saat saat genting besok besok. Saat genting tu bukan atap genting atau Genting Highlands ye. Jangan buat konpius sangat pulak.

Tempat kerja baru ni oklah la jugak tapi satu je masalah nya. Dorang ni kadang cakap saya kurang paham la sebab boleh tahan pekat la jugak. Bila dorang cakap, saya tak berapa paham, akan akan cakap 'apedia? tak dengar'. So dia ulang cakap. Tapi kalau dah tiga kali dia ulang saya tak paham jugak, saya buat tak tahu jela. 

Walaupon apa yang dia cakap tu macam nak suruh saya buat kerja ke ape kan. Huhuhuu.. Sebab kalau saya tanya sekali lagi, for sure la dia marahkan saya lalu menuduh saya pekak. Hahahahha.
Nanges lah kan kalau kena marah.

Erm.... keje saya kat sini lebih kurang sama je dengan kerja saya dekat KL dulu. Cuma dulu saya jaga dua orang bos saje. Tapi kat sini saya jaga dekat tiga empat bos jugak. Every week bos lain lain akan turun sini. Huhuuu. Yang paling cool kat sini kan. Office saya ada tealady ok. Nampak tak saya jakun kat situ??

Pepagi datang office dah ada air dalam jag panas kat pantry. Tak ade lah nak kene bancuh sendiri. Tapi breakfast nasi lemak ke nasi impit ko bawak sendiri la ok. Melampau la tealady nak sediakan jugak. Hikhiksss.

Oklah tiba masa saya balik dah ni. Tapi entry ni saya draft je petang ni tapi saya schedule dia publish besok pagi. Ekekekke..

Oklah selamat memandu pada yang nak balik rumah tu. Malam ni saya kena masak dinner. Nak masak ape plak ek??
Pening jgk mikir. Kutex tu suka makan banyak. Ermmm lauk ape ek nak masak.. Adoii. Bila duk sekali...Benda ni lah bole buat pening sampai migrain *amboii melampau.

Bai.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template