Wednesday, January 30, 2013

Lepaskan sedikit amarah yang menggunung.

Wrote By aleen afifi
Assalamualaikum...

Apa kabar korang hari nih???

Saya sehat lagi dan masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas dan memperbaiki diri kepada yang lebih baik. Insyallah.

Saya hari nih berat kepala, sebab malam tadi saya menangis banyak kot. Sampai tertido tido. Sedih sebab mengenangkan keadaan nenek saya. Mak saya called saya semalam bagitahu, opah saya dah tak boleh berjalan dah. Nak pegi toilet, nak ambil air sembahyang nak solat, semua kena ada orang papahkan. Sekarang opah saya dah mula dipakaikan pampers dewasa. Sebak saya dengar masa mak saya kata macam tuh. Lepas letak phone dengan mak saya, tanpa dipinta, airmata saya mudah mengalir laju.

Saya taip entri nih pon terketar ketar.

Ingat kan hari nih saya nak pegi jenguk nenek saya tuh kejap.

Saya dah pernah ajak Kutex pergi tengok opah saya tuh, tapi dia macam biasa selalu mengelak. Saya tahu dia baca blog saya. Sengaja saya nak sindir dia kat sini.

Masa awak kawen dengan saya, dengan semua orang pon awak nak salam cium tangan. Nak kenal semua sedara terdekat saya. Tapi sekarang nih saya mintak jenguk opah barang seminit dua, kemain awak mengelak.

Awak kemain suruh saya berbaik, and jenguk sedara awak lah, mak awak lah, mak sedara lah, kalau mereka sedang sakit. Tapi bila time sedara atau keluarga terdekat saya yang sakit awak sikit pon tak nak jenguk. Baguskah begitu??

Tapi kalau bab mengayuh basikal, bab melepak dengan kengkawan ade plak masa awak sampai 4 5 jam. Saya ni sejak kawen tak penah ada masa pon nak lepak atau hang out dengan kengkawan. Kalau saya yang mintak nak keluar dengan kawan kawan kemain banyak plak soalan kan, sebab saya ni ganggu masa awak nak melepak dan mengayuh haaa..

Haih.....Penat dah nak pikir camne nak ajak awak pergi jenguk opah sekejap pon jadik la. Nih pegi rumah opah, gaduh nak balik. Selok nak balik. Entah sebab apa. Kalau pergi rumah mak dia, kemain lama nak suruh kita lepak sana.. Haih.

Ohhh lupa, kami nih orang miskin, jadik rumah pon tak semegah rumah dimakan anai anai awak tuh. Sebab tuh awak tak selesa nak duduk lelama rumah orang miskin macam kami nih haaa.. Huhhh..

Malas lah nak banyak bebel....

Plak tuh sekarang tengah bengang, system tempat kerja nih dah macam hapa pon tak tahu...Adoiii. Suruh buat macam macam, tapi system ni macam taik je functionnya..

Haih...

1 BiseekBuzz:

ctZue on January 30, 2013 at 4:41 PM said...

aleen..sabar banyak2 k..banyakkan sedekah yasin utk opah awk supaya cepat sembuh. saya doakan agar opah awk sihat seperti sediakala. amin

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template