Monday, January 28, 2013

Meniti tetangga baring dan bergayutan seperti kartun Saladin, eh.

Wrote By aleen avril
Assalamualaikum....

Lupa plak nak cerita pasal cerita paling hot abad keduapuluhtiga nih *sigh. Hahahahha..

Sabtu bila entah, tapi saya ingat tarikh dia adalah 19hb Januari lepas, saya dapat ikut event Nuffnang dekat Shah Alam Selangor sana. Jauh wei.... Kalau still duk KL tak jauh lah kot. Tapi now dah duduk Kuantan dah kan. Naseb baik si Kutex pon nak pegi ambil barang dekat sana. So dia lah yang drive pegi sana. Saya jadik mam besar je layan Arissa.

Saya sampai sana malam sebelum tuh lagi. Around 3am la jugak. Lepas tuh bermalam dekat rumah adik si Kutex nih. Pagi tuh bangun siap siap, keluar dari rumah dalam pukul 10.30am. Sampai sampai kat sana, tercari cari banner Nuffnang tuh. Tak jumpa ok. Rupanya event organiser tak sampai lagi. Ehhh!!!

Naseb baik Kutex tak bising. Huhuhuhu.

Meh lah tengok gambor kejap.
 .layan budak nih kejap.
Lepas even organiser dah sampai, doang suruh kami kami yang dah lama tunggu nih naik sebuah bas yang agak usang dan seram rupanya. Bukan seram apa lah sangat. Bas itu adalah sedikit open air. mungkin dia nak suruh kita menikmati permandangan hutan sekitar. Kitorang layan kan aje.

Anak saya si Arissa, penakut gila, duduk dalam bas peluk peha saya macam kan saya nak campak dia keluar dari bas. Ohhh anak,  sesungguhnya mak kamu takkan sanggup berbuat begitu.Ewwwaahh. Meh pelok sikit.

Ehhh terskip satu babak plak. Masa p daftar nama tuh. Dah siap bersalam dengan blogger Sakinah. Sebab dia tengok saya, lalu saya tanya "kenal kite ke?". Dia jawap tak kenal. Apa lah saya nih p tanya soklan sebegitu. Saya macam bajet saya nih blogger hot plak. Kah kah kah kah. Maafkan hamba wahai tuan hamba Sakinah. Ekekek.

Ok lah, tak payah banyak mukadimah sangat lah.
Ok dekat sini ada tiga jenis permainan (permainankah?). Eh lebih sesuai diberi nama konda kondi cabaran la kot. Bloggers yang datang dipecahkan kepada dua kumpulan cabaran. Satu adalah Extreme Challenge dan juga Big Thrill. Saya pilih yang Big Thrill aje, bimbang badan semua terkejut plak kan. Tapi sebenarnya saya bole je buat cabaran Exteme Challenge tuh *ini semua poyo*,

-eleh padahal nak buat cabaran Big Thrill tuh pon, memanjang ko pejam mata, ada hati nak buat Extreme Challenge plak-. Hehehehhehehe *sengih kambing.

Ada satu dialog tuh di antara nuffies yang ikot buat cabaran nih lah. Masa tunggu turn nak panjat tangga tegak tuh, dorang borak lebih kurang macam ni tau.

Nuffie 001: I'm afraid to do the FIRE fox, do you?
Nuffie 007: Ohhh really, me also. Ehh not FIRE fox la, flying fox isn't?
Nuffie 001: Ohhh ya ya ya.
Sakinah: Hahahah Firefox also can, eh tak pe, Fire fox kan kat belakang je, kat Subang. (actually she mean the Firefly airport in Subang).

Then I menyampuk.

"Sakinah, that one is Firefly, u get confused already."

Then dorang ketawa terbahak bahak.

Saya cerita kat sini memang tak kelakar. Tapi in real, sumpah kelakar, dengan tengok muka confident si Sakinah. Hahaha.*matiklah kalau dia baca nih. Maaf sekali lagi Sakinah.

.saya ambil Big Thrill Challenge.
.antara cabaran nya.*takotttt..

.credit to blog MahaMahu.
watermark saya tak buang ok
takot Mahamahu marah. 

Tengok muka saya, punya serius borak dengan Sakinah. Saya rasa serius pon tak seserius itu. Ehh.

.kawan baru saya, si CheSakinah.
 .kawan baru jugak, Nurul Izzatiee.


Kat bawah nih antara link blog yang saya jumpa berkenaan event nih dan juga bloggers yang saya sempat kenal ketika menyertai event ini. Selamat membaca.



Ok itu aje, jom tido.
Thank you for reading.



1 BiseekBuzz:

ctZue on January 30, 2013 at 4:39 PM said...

aleen...sabar byk2 k..banyakkan sedekah yasin untuk opah supaya cepat sembuh.. semoga opah aleen sihat seperti sediakala. amin.

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template