Tuesday, January 22, 2013

Apa yang boleh membuatkan saya rasa bengang sampai rasa nak maki.

Wrote By Aleen Afifi
Assalamualaikum....

Siapa yang tak pernah bengang kan?? Kalau dia tak pernah merasa bengang mungkin dia ada something wrong somewhere *Somewhere only we know* ibarat lagu Keane tuh. Eh?

Saya adalah sangat bengang kalau kejadian kejadian di bawah berlaku ke atas saya. Aggggrrrrhhh *jadi Hulk. Ekekekeke..

  1. Saya berada di lorong yang betul, tetiba kereta belakang hon dengan panjang suruh saya ke tepi. Saya assume dia cirit la tuh.
  2. Saya tengah syok tido *tido petang atau malam lah. Tetibe ada orang kejutkan suruh pi angkat baju kat jemuran. Ape ko tak boleh nak angkat sendiri ke?? *anda tahu siapa diri anda. Kah kah kah kah.
  3. Orang janji nak jumpa jam 4 petang tapi 6.30 petang pon belum menunjukkan muka.
  4. Dah kemas kemas barang nak bawak pegi kerja besok, tetiba pagi tuh keluar rumah barang tuh tertinggal and waktu teringat tuh dah nak sampai tempat kerja dah pon.
  5. Kredit telefon (orang miskin kan pakai lah kredit je) habis pada saat genting.
  6. Bateri handphone tetiba habis sewaktu saya tengah sesat di tengah bandaraya yang sibuk seperti Hanoi (eh?) lalu tidak membenarkan saya membuka Google Map.
  7. Orang yang cakap menipu pastu bila penipuannya terbongkar, dia bole buat bodoh je.
  8. Orang yang suka mereka reka cerita supaya dia nampak hebat.
  9. Manusia ego.
  10. Manusia kedekut. Prinsip saya mudah, duit kalau ada banyak, kene bersyukur, lepas tuh jangan kedekut sangat nak buat amal jariah. Ni saya tengok, orang yang ada duit lebih nih, dah lah pada anak isteri pon dia berkira nak beli makan pakai, apetah lagi dia nak buat amal jariah.
  11. Manusia suka mengungkit.
  12. Berpaling tadah.
  13. Orang memaksa suruh kita beli or masuk ahli dalam bisnes MLM dia. Pastu cerita dia dapat cek sekian sekian amount tetiap minggu. Dah kalau dah dpt byk duit tetiap minggu apesal ko nak cari downline lagi?
  14. Lawak bangang. Dah la tak lawak, tapi dia ketawa melebih lebih plak.
  15. Orang yang saya tak nak dia call, tapi dia asyik call saya.
  16. Orang yang oandai mengarah je suruh buat itu buat ini. Bila kita kata dia pemalas, dia mula nak melenting. Sedangkan itu hakikat.
  17. Orang yang pepandai judge saya sedangkan dia tak pernah kenal saya secara alami. Eh?
  18. Nakkan sesuatu barang tuh tapi duit tak ade (selalu sangat).
  19. Orang yang berjanji bulan bintang, emas berlian, tapi bila tiba masa kita mintak, dia kata macam nih "rilex lah dulu, kita baru nak mula kehidupan, baru nak stabil, nanti nanti ada rezeki insyallah ok". Hikkkssss *you know who you are. Ekekekekeke
  20. Kalau saya kata saya nak barang tuh warna biru, lepas tuh orang yang beli tuh dia pegi beli warna oren berkilau sakit mata memandang. Memang saya hangin takkan bercakap dengan dia selama mana yang saya mahu.
  21. Dia menumpang kereta saya tapi dia buat macam saya ni pulak yang menumpang dia. Datang kat tempat menunggu lambat. Sudah lah masa tuh memang dah lambat untuk ke tempat kerja, lepas tuh bagi alasan yang tak munasabah. Ko kalau nak buat macam tuh, ko bawak kereta ko sendiri boleh takkkkkk?
Nah tengoklah muka annoying saya untuk buat anda rasa bengang. Hikssss.. Ekekeke.

Ok lah cukup lah sampai situ.

1 BiseekBuzz:

najihahfara on January 22, 2013 at 5:50 PM said...

selalu yang no 17 tu. rasa nak pang je

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template