Seperti yang digembar gemburkan di facebook minggu lepas, Jumaat lalu, Kutex, Arissa dan saya telah menghadirkan diri ke panggung wayang GSC East Coast Mall. Ewaaaaahhh macam majlis rasmi apa je kan. Ekekekekek. Nak nonton Life of Pi punya pasal. Memang excited nak tengok sejak hari pertama cerita tu keluar lagi.
Memang best kot tengok 3D. Jakun kejap. Dulu penah tengok 3D citer kartun ape entah. Rasanya bukan tengok dengan Kutex, tengok dengan blogger tak silap. Lupa sudah. Dah tua kan. Ekekekkeke.
Siapa tengok cerita nih memang takkan rasa kecewa, sebab dia punya effect 3D dia memang awesome sangat. Burung, harimau, kuda belang dan semua haiwan tuh memang nampak real fantastic four sangat. Rasa macam semua tuh dah jadi haiwan ternakan belakang rumah je wa kasik tau lu.
Ceritanya begini........
Pi nih dia ni anak kepada seorang pemilik zoo di India. Nama Pi nih panjang tapi saya lupa pulak. Piscine Molitol Patel kot nama dia. Piscine tu maksud dia adalah 'terkencing'. Jadi Pi nih kadang kadang macam malu dengan nama dia nih. Karektor Pi adalah sangat berbeza dengan abag dia, Ravi.
Pi dilahirkan di zoo dan dia sudah terbiasa terdedah dengan haiwan. Suatu hari seorang yang bernama Richard Parker menghantar seekor harimau yang diberi nama Thirsty ke zoo bapa Pi. Semasa proses pen-dokumenan, satu kesilapan telah berlaku dimana nama harimau itu telah disalah tulis dengan nama pemiliknya tu. So nama harimau tuh jadi Richard Parker pulak.
Pi nih mengalami kecelaruan dalam memilih agama yang ingin dia anuti. Ayah dia pesan dekat dia "son, religion is a darkness" sebab masa bapa dia kecil dulu dia sakit tenat, selalu berdoa kepada tuhan tetapi dia percaya sains yang menyelamatkan nyawanya.
Suatu hari, bapanya buat keputusan nak berhijrah ke negara lain. Lupa plak negara apa. Jadi mereka naik lah kapal bawa bersama binatang binatang dari zoo mereka. Tapi malangnya kapal meraka terumbang ambing di pukul ombak laut. Lalu karam. Hanya Pi je dapat menyelamatkan diri.
Yang terkejutnya si harimau Richard Parker, si Zebra, dan dubuk jahat pon dapat menyelamatkan diri. Selang berapa lama kemudian, Pi nampak Orange Juice (orang utan) pon terapung diatas bekalan pisang. Duduk lah mereka dalam bot tuh. Si dubuk nih jahat gila, dia bunuh Zebra dengan Orange Juice sebab dia terlalu lapar. Tinggallah si Pi dengan Richard Parker nih je.
Pi nih takot lah tinggal bersama dengan seekor harimau. Lalu dia cuba bina sesuatu yang terapung dimana dia bole asingkan diri dia dengan si harimau Richard Parker tu.
Part yang paling saya suka tengok adalah masa waktu malam, yang mana si Pi nih main air sambil tengok ke dasar laut. Sampai satu masa ada satu paus naik ke dasar air and buat 'willy' tuh. Memang cantik awesome sangat moment waktu tuh. Terpegun tengok sebab memang tak pernah lihat. Ekekekekek.
Eh nak tahu lebih lanjut. Pegilah tengok sendiri. Cerita nih memang takkan mengecewakan. Penat lah saya nak cerita sampai habis.
Arissa sepanjang cerita, memang behave, cuma part yang si Richard Parker mengaum dia akan tarik tangan saya suruh saya tutup mata dia. Maklum lah tangan dia kecik, tak boleh nak tutup penuh kot.
Kalau dia behave macam ni, next time boleh bawak lagi pegi tengok wayang. Secara keseluruhan saya bagi 8/10 lah, sebab bab mak dia jadi pulau, and Pi ada create satu lagi cerita tuh saya tak berapa paham sangat. Tapi cerita nih memang best la, kalau ada sesapa nak belanja saya tengok, memang sya takkan menolak. Ekekekekkeke..
Jangan lupa pegi tengok ok.
0 BiseekBuzz:
Post a Comment
kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...
anda yang membuat pilihan...
senyum sikit...