Friday, December 14, 2012

Kenapa Malaysia kalah bola semalam? Entah lah kenapa.

Wrote By Aleen Afifi
Assalamua'laikum.....


Tengok tak perlawanan bola malam semalam???? Geram tak??? Saya nak cerita lebih lebih pon bukan paham sangat pasal bola. Tapi paham lah jugak ngape pemain kejor bola tuh kan. Benda mudah tapi jadi sukar untuk menjaring kan gola sebab ramai sangat pemain atas padang tuh. Ecccceeehhhh...padahal tak tahu nak bubuh ayat apa haaa..

Kebanyakan yang saya dengar, rata rata menyatakan bahawa, moral pemain kita merudum jatuh akibat daripada layanan pihak tuan rumah kepada kita.

Dah lah diberi padang untuk berlatih adalah padang umum yang mana tak ada tempat persalinan dan juga tandas, tambah pulak keadaan padang bola itu sendiri dah serupa tempat badak berendam, penuh lopak and becak sana sini. *marah nih!!!!!..

Pada permainan semalam pulak, semua penonton pon dapat lihat bahawa pengadil dari Korea nih memang berat sebelah, sebab bahu sebelah kanan dia ada Ju-On duduk bertenggek. Ekekkeke.
Tengok dia pulak marah kita...

Ultraman pon nak tolong kita, Sokong kita. 

Bagi saya memang tak patut lah pengadil tuh berat sebelah. Dah lah keluarkan pemain kita si hensem Fadhli Shas tuh. Amboiii mementang nama pemain tuh sama dengan ex-bf cinta pertama, teros claim hensem. Maafkan saya, teringat cerita lama pulak. Ekekekekekek...

Yang paling saya kecewa, kenapalah tak turunkan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol. Tengok sekarang, peristiwa sama macam penjaga gol Encik Sarbani ke Sarbini entah nama dia. Kan sekarang peristiwa tu terjadi lagi. Tapi naseb lah kan. Dah bola tu degil tak mahu nye jaringkan gol untuk kita. Redha jela ek. Redha itu ikhlas, pasrah tu menyerah. Haaaa ko tetiba OmbakRindu plak kat sini. 

Cara jurulatih kita menghilangkan stress yang kian maksima.

Tetibe muncul dia nih pulak. Kata nak mengorat.

Saya nk komen lelebih pon tak boleh, sebab pengetahuan tentang bolasepak memang terhad sangat. Kurang tahu. Lagi pon saya kan perempuan, mana reti sangat bolasepak nih. 

Yang saya tahu saya memang sokong Malaysia, tak kira kalah ke menang ke. Sebab saya anak Malaysia, and saya sayang Malaysia. *kipas kuat nih. 

oklah jumpa lagi nanti nanti.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template