Wednesday, November 14, 2012

Rumahmu syurgaku. Kununnya lah.

Wrote By aleen afifi
Eh Assalamua'laikum.

Lamenye rasa tak update blog. Macam dah kurang nak berceloteh sekarang nih. Tak ade ape sangat nak bual. Huhuhuhu.

Semalam saya pegi melawat rumah yang Kutex beli tuh. Masih sama macam last time kami pegi. Lebih kurang 75% siap. Elektrik macam dah masok, plug and suis semua dah pasang. Hopefully by next year boleh lah nak masok rumah tuh. Tak sabar nak deco rumah sendiri. Perasaan gembira dia lain macam tau bila tengok rumah tuh dah tersergam siap and dah nampak bentuk rumah tuh. memang lah bukan rumah saya pon. Tapi happy sangat tgk haa.

Sebelom balik, saya, kakak saya, makcik saya dan suami dia, singgah lah jugak ke rumah row belakang. Masok dalam rumah, kebetulan tak berkunci. Cuma design dia lain sikit, rumah yang Kutex beli tuh tangga dia belah tepi tapi yang kami masuk tuh tangga dia belah tengah.

Ruang rumah memang tak sama. Rumah Kutex beli tuh dapur dia kecik je, tapi yang rumah row belakang tuh, dapur dia besar kot. Teruja tengok. Saya prefer ruang dapur besar, baru lah ada semangat nak masak untuk suami and anak anak *anak anak kunun, nak beranak lagi cuak kemain. Hekhekhekhekehekk.

Lepas tuh.

Bergerak ke kawasan perumahan baru yang dekat Balok tuh pulak. Rumah tuh design dia memang cantik. Tapi tapi tapi, dapur dia muat sorang je masok. Kalau suami masok dapur nak membantu *ade ke penah nak membantu?? memang teros dapur tuh jadik sendat. Tapi dia ada ruang tanah sikit kat dapur tuh, boleh lah nak sambung bahagian dapur tuh kasik besar sikit.

Nanti nak kenduri anak nak kawen ke, kematian ke senang nak memasak, dapur luas kan.

Oklah, nanti nanti kita jumpa lagi ok di entri lain pulak. Saya janji entri tuh akan lebih menarik dari entri yang nih. Ceeeeeeeewaaaaaa poyo...

Babai...

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template