Wednesday, November 14, 2012

Pengalaman cabut gigi pertama saya.

Wrote By Aleen Afifi
Assalamua'laikum.

Janji nak naik entri menarik kan. Maaf terpaksa mungkir janji. Entri ni lagi bapok super boring nya. Perihalnya begini. Isnin hari tu, gigi geraham belah atas kiri tuh serepih sikit, seminggu sudah tampalan dekat situ tertanggal, maka menjadikan saya agak tak selesa la jugak. Sikit sikit lidah nak pegi hala sana. Nak meraba gigi yang serepih tuh sebab dia rasa tajam, nak bercakap pon susah sangat. Sakit sebenarnya, sebab dia bergesel dengan dinding pipi.

Tak boleh tahan.

Menggagau lepas  kerja cari klinik gigi yang buka malam tuh. Sempat balik rumah dulu, shower and changed uniform kerja to t-shirt longgar layak ke kebun. Teros keluar rumah.

Tapi sampai clinic, clinic tutup and will re-open about 8.30pm. Ok lah. Perot mula lapar. Menuju rumah kakak, melahap kat rumah dia kejap then keluar balik, sampai clinic is about 9.10pm. Waaaaaaaaa ramai nya orang sakit gigi.

Saya orang kedua last ok. Clinic tuh plak nak close pukul 10pm. Sebelom register tuh saya tanya, sempat ke nak jumpa doctor nih, dia kata sempat. Then baru saya proceed register.

.saya cabut yang second molar belah atas kiri.

Uiiikkksss malam tuh tak boleh tido, berdenyut denyut. Naseb baik Selasa cuti deepavali. Boleh bangun lewat sikit. 

Doctor tuh ada explain sebelom dia meneruskan kerja dia, dia tanya saya kenapa tak nak tampal lagi sekali instead of cabut. Muda muda dah cabut gigi. Saya jawap ape tau, 'ala Najwalatip pon dah cabut gigi geraham dia, lagi muda dari saya kot dia tuh'.

Gelak je doktor tuh.




.gosok gigi tiga kali sehari tau, lebih kurang 2-3 minit satu sesi.

Masa cabut tuh, itu adalah pengalaman pertama saya yang agak ngeri. Sebab akar tunjang gigi saya masih kuat, maka doktor terpaksa goyangkan secara kerahan tenaga gaya kuku besi *apa benda entah?.

Lebih kurang 15minit dia cuba goyangkan kiri kanan, kiri kanan macam kawat kaki tuh, akhirnya tercabut la jugak. Lega. Kisah ngeri tuh tak berakhir disitu. Ada tertinggal serpihan gigi kat dalam gusi, kiranya gigi saya patah separuh, masih ada sikit dalam gusi. Korek korek korek korek korek punya korek, keluar jugak. 

Jangan la takot, sebelom cabut nih, saya telah dibius. Masa cabut goyang kiri kanan kiri kanan korek korek semua tuh saya tak rasa apa apa. 

Dah siap semua, saya pon dah berkumur, doktor tuh bagitahu, ada sedikit lagi serpihan dalam gusi saya tapi serpihan tuh tak besar mana. Dia tak korek sebab bimbang kalau dia korek, serpihan tuh akan lagi masok ke dalam. Sebab serpihan tuh halus sangat and agak terbenam. Dia cakap nanti bila bengkak dah surut, dalam 3 bulan macam tuh serpihan tuh akan appear and saya dikehendaki datang sekali lagi, and dia akan tanggalkan serpihan tu. 

Ehhhh sebelom saya nak masok bilik doktor tu ada kejadian lucu berlaku.

Sebelom saya masok tuh ada sorang makcik baru keluar dari bilik doktor tuh. Dia cabut dua batang gigi depan yang terpenting tuh kan. So depan tuh ada kapas la kan. Dia keluar keluar dia bagitahu suami dia yang dia sakit. Sampai muncung muncung mulut.

Then dia tanya adik kat kaunter tuh berapa cost dia. Masa dia tanya tuh kapas gigi dia tuh sikit lagi nak nak tersembul. Memang lucu tengok.

Ohhhh tak lucu ek.

Kalau cerita macam nih tak lucu la kot, kalau tengok masa kejadian memang lucu habes kot. Saya kat situ tahan je gelak. Ekekeke..



2 BiseekBuzz:

ms. fluffy on June 22, 2016 at 8:09 PM said...

assalam, hi nak tanya, saya baru cabut molar kiri bawah dalam 5 hari lepas. but doktor tu tak cakap apa apa pun about serpihan gigi. now bengkak gusi dah surut, baru rasa ada serpihan tajam kat dalam gusi. so kena pergi lagi cabut eh? dia akan bius jugak ke? and after cabut tu kan, berapa hari you tunggu baru berus kat tempat cabut gigi tu?

Aleen Afifi on June 28, 2016 at 3:19 AM said...

hi awak.
pasal serpihan gigi tu better pergi balik clinic tu mintak check and kalau boleh suruh dia cabut terus, and silalah bagi mc ye doktor *cakap macam tu. hihihhi..

sbb klu tak cabut, bimbang ada effect eg: gusi bengkak non stop so bila gusi bengkak, mulut automatic akan berbau. elakkan dari skg k..

lps cabut tu saya asik kumur mulut dengan listerin dalam 3 kali jugak la, nak bg mulut rasa kebas n kurang sakit.. kes saya, kejap je mungkin sbb pakai listerin tu kot. pagi tu saya gosok gigi, gosok je area cabut tu cuma area situ saya slow sikit memberus berbanding tempat lain..

oohhh lupa, cabut mesti kena bius...sbb akar gigi kita masih kuat mencengkam gigi sebab gigi kita bkn rapuh akibat faktor usia, dia osak sebab faktor pemakanan kan. so memang kena bius. unless klu gigi memang dah goyang sgt. selalunya doktor takkan gunakan bius, dia cuma spray air melalui mesin dia je nak bg kurang sakit..

tp kita better bius la...less pain.

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template