Friday, November 16, 2012

Salam Jumaat pertama di tahun baru Hijrah.

Wrote By Aleen Afifi
Assalamua'laikum...


Semalam cuti maal-hijrah, saya adalah stress melayan anak di rumah. Apa tidak nya, mementang dia adalah anak tunggal saya buat masa nih, manjanya melampau. Sampai saya jadi macam nak gila. Tak ade apa apa berlaku yang membuat dia sakit, luka atau sebagainya pon dia boleh menangis tersedu sedan. Memang melampau sangat. Saya sampai tahan nak buang air atau 'melabur' sebab tahu sangat dia akan meraung raung bila lihat saya tak ada.

Sudahlah dia tak mahu dengan orang lain selain saya, dengan Kutex abahnya pon dia tak mahu. Macam mana lah saya tak stress. Pulak tuh, dah tahu cuti, abahnya tu bukan reti nak bawak kitaorang nih jenjalan ke, window shopping ke. Dia boleh pulak dulukan nak pergi berkayuh. Lagi lah saya naik hangin. Orang lain cuti, selok nak bersama keluarga, dia selok nak bersama basikal dia tuh. Memang hoiii sangat.

Semalam jumpa dia dah luahkan segala benda yang terbuku. Ceeeewaaahh. Dia bagi alasan dia dah gemuk, kena kuat berkayuh balik. Yela tuh. Banyak la alasan, gemok la apa la. Cakap je la nak kayuh lepak dengan kawan kawan. Kalau kita nih mintak dia jagakan anak kita nak melepak dengan kengkawan kita, tahu je dia nak berdolak dalih. Buat anak pandai buat sama sama, jaga tak mahu pulak sama sama.
 
.ehhh Arissa, awak dah kenapa mata stim sangat tuh. 

Tapi petang tuh Kutex bawak lah jugak kami keluar pegi makan. Sebab saya mengadu saya makan tak kenyang sekarang nih. Asyik kena kacau dengan budak melampau nih. Makan dekat Planet Curry. Sape duduk Kuantan memang tahu tempat nih famous amos cookies okey. Kutex makan dulu sebab saya nak kena pangku Arissa. Dia tak mo duduk kat baby seat. Dia memang banyak peel. Kutex cakap hari tuh dia bawak Arissa makan dekat luar, Arissa nak je duduk kat baby seat. Tapi bila keluar makan, saya ada sekali, dia tak mo pulak duduk situ. Apekehal entah???

Masa tiba masa giliran saya nak makan, still dia tak mau pegi dekat kutex. Menjerit jerit kat situ. Dia menjerit jenis nyaris. Perit telinga dengar. Maka terpaksalah jugak saya makan sambil pangku dia. Sama je seperti di rumah. Jadik tak ada beza makan di rumah atau di luar. Still saya makan tak kenyang jugak, sebab berselang seli dengan nak melayan karenah anak seorang. Adoiiii lah, sesak napas. 
 
.saja  terbalik kan gambar.

Lepas makan pergi book store dekat Megamall. Nak cari cutting mat, memang ada jumpa, tapi harga dia makkkkkkkk hooooooiiiii mahai nak mamssss. Tak jadik beli. nanti gaji lah baru beli. Then jenjalan tanpa tujuan jela kami anak beranak dalam megamall tuh. Bagi Arissa penat. Petang tadi dah bagi dia tawaf Taman Gelora, malam plak kasik dia tawaf megamall. 

Lepas tuh balik. Arissa pon dah penat. Dalam kereta dia ada mintak susu. Sesampai nya di rumah. Teros tanak air, bancuh susu dia. Tapi sebelom kasik dia susu tuh, saya mandikan dia dulu. Baru lah tido nanti dia selesa. Sambil minum susu, dia terlelap. Mudah sangat dia nak tido malam tadi. Selalunya nak berpelok pelokan, bergesel kaki, cium cium dulu. Tapi malam tadi tak perlu semua tuh. Elok je baringkan dia dengan sua kan susu. Lena teros tak sampai 20 minit pon. Tapi susu habes pulak dia sedut. 

Bangun pagi nih, tengok abah dia ada kat sebelah, naseb dia tak nanges. Dah mula nak ok lah tuh dengan abah dia. Harapnya begitulah....

Salam Maal-Hijrah semua.
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 BiseekBuzz:

.::WaNiE::. on November 16, 2012 at 11:26 AM said...

cantiknye ko leen jeles wey =.="


sabar jelah ye karenah anak ko manja kemainn

Aleen Afifi on November 16, 2012 at 11:37 AM said...

cantek ker aku nih wanie????pedooh je ko nih kan...

klu betoi cantik...tq lah atas pujian tuh..

anugerah allah nih haaa..

syukur..

tmbh plak pakai everlynn...eceh promot pulak...

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template