Ehhhh hari ni dah Rabu ek??? Cepatnya masa berjalan. Takot pulak. Makin cepat masa berjalan makin dekat la kita dengan hari perhitungan. Dah lah amalan saya tak berapa nak ada ni. Memang saya sedar dan saya akan cuba pertingkatkan. Eccccceecececcece..
Ok lah nak cerita pasal Arissa sebenarnya ni.
Dia minggu lepas sampai minggu ni demam on off ok. Bila ada demam for sure la kawan baik demam si selsema dan si batuk akan datang menjengah.
Saya pikir dia demam adalah kerana bakal mencapai usia dua tahun. Tapi bila dah kerap sangat demam ni. Macam mustahil pulak sebab nak capai dua tahun kan. Dia pulak demam malam je. Siang dia happily ever after la. Kehkehkeh... Sebab siang dia kat taska kan, tak de pulak teacher taska dia call saya bagitahu Arissa tak sihat. So saya assume memang dia kat taska dia ok kan. Bila masok malam je tetiba badan panas mendadak. Bila badan panas dia tak selesa kan. Bila tak selesa dia merengek mintak pelempang la kan. Hahahaha.
Asyik nak melepek kat dada kita. Nak buat apa pon tak boleh.
Ok start Ahad hari tuh. Dia telah dijangkiti batuk yang saya kira memang super teruk. Kahak banyak tapi dia tak reti nak ludah maka bila batuk keluar kahak dia akan telan balik. Bila dia minum and makan. Dia akan rasa macam ada tersekat sesuatu dia tekak. Sampai satu tahap dia akan termuntah segala makanan and saya akan dapat lihat kahak pekat ada keluar sekali. Memang menggelikan tapi itu adalah hakikat yang saya dapat lihat. Cehhhh ini serius (wonderpet cakap)
Isnin malam selasa and selasa malam rabu. Dia tak mampu tido lena seperti biasa. Batuk dia bertambah terok. Bila dia tak mampu lena saya apetah lagi. Sebagai ibu dan penjaga dia sememangnya saya bimbang dengan keadaan dia. Ubat memang tetiap hari saya kasik. Tapi tak ade perubahan positif.
Malam tadi saya google petua kurangkan batuk si kecil. So saya buat. Bakar bawang putih then tumbuk kasik lumat. Kemudian letak minyak masak sikit. Then sapukan di dada dan belakang badan.
Memang bau dia busuk la sikit. Bawang putih kan. Tapi pasti boleh hilang jika di basuh dengan sabun. Saya sapu di dada and belakang badan dia. Mula mula tu kembang kuncup jugak hidung dia tahan bau bawang putih. Lepas dua tiga minit dia teros ok.
Tapi kesan dia lambat la kan. Kalau kesan dia cepat sure malam tadi Arissa dapat lena tido. Tapi sebaliknya pulak kan. Pukul satu pagi macam tu saya bangun ambilkan air suam di dapur mintak Arissa minum. Tapi dia meraung tak nak minum pulak. Adoiiii. Tapi saya letak tepi katil and saya bagitahu dia kalau nak minum ambil kat tepi tu. Then saya sapukan vick dekat dada and belakang badan dia. Bercampur dah dengan bawang putih yang saya sapukan earlier tadi.
Pagi ni dia terbangun lambat sebab dia dapat betul betul tidur pon lambat kan. Dia bangun dia macam tak ade batuk sangat dah. Still batuk tapi macam tak seteruk malam tadi atau dua hari sebelum tuh.
Saya bersihkan badan dia dengan tuala basah sebab kepingan bawang putih banyak kan. Berbau bawang putih plak tuh. Nak mandikan dia macam pagi sangat la pulak kan.
Saya harap batuk dia tu akan berkurangan atau sebolehnya pergi la teros. Selalu sangat Arissa ni bergantung kepada ubat.
Oklah.. Itu aje buat masa ni. Nanti nanti saya update lagi ok.
Babai..
0 BiseekBuzz:
Post a Comment
kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...
anda yang membuat pilihan...
senyum sikit...