Sunday, October 21, 2012

Birthday & Farewell celebration in Advance.

Wrote By aleen afifi
Semalam, taska Arissa ade organised farewell cum birthday party untuk Arissa. Saya tak pasti hanya untuk Arissa saje ke atau combine teros sekali dengan budak budak lain yang lahir pada bulan October. Actually Arissa punya birthday pon bukan October tapi teacher dia nak buat sekali dengan farewell kan. Nanti Arissa kan nak pindah Kuantan dah. 

Ehhh janggal betul taip sebab spacebar dah tak de. 
 .nih dah nak balik sebenarnya.
.saja letak awal awal. sebab arissa kan gedik.
.matiklah tetibe salahkan anak pulak.
 
Itu adalah cake Italian Rainbow. Saya sengaja tempah cake tuh sebab saya tak pernah cuba rasa. Hari tuh saya rasa, oklah jugak. Boleh lah lalu tekak saya nih kan. Harga cake nih boleh tahan mahal jugak kat kedai. Saya pergi usha kat kedai harga dia RM85 sekilo. Saya nak order 3 kilo. Haaa darab sendiri lah ye. Tapi yang ni saya tempah dengan ex officemate. Dia memang buat bisnes buat cake. Cake dia buat semua sedap sedap. Bukan nak puji melangit la kan. Masa kakak saya kawen dia bagi cupcakes. Semua orang yang makan semua kata sedap.

Bila bagitahu pembuat cake tuh dari KL. Semua macam frust. Sebab ingatkan dari Kuantan jugak, bolehlah dorang nak tempah untuk anak dorang pulak nak kawen.

Harga dia kasik kat saya, adalah RM70 sekilo untuk cake Italian Rainbow tuh.

.makan time.
.tengok tuh si Arissa. senonoh nya duduk.
.makanan celah kangkang tuh.
*tepok dahi, tetiba tak mengaku tu anak saya.Ekekekek.
.eh nak jugak selit muka sendiri. 
.mestilah,nikan blog saya.
 
Haaa ni masa time bagi goodies bag dekat budak budak lain. Arissa yang bagi sambil dibantu pekerja taska nama Mira kot. Arissa main bagi je, yela dia bukan pandai bagi sangat kan.

Alhamdulillah berjalan dengan lancar majlis tuh semalam walaupon saya sampai lewat sikit. Kelam kabut sebab saya terlupa nak keluar rumah awal. Galit sangat kemas rumah pack pack barang yang perlu. Sebab saya kemas barang sorang sorang. Tak ade sape tolong. Kutex pon tak datang tolong. tau. Tak pe saya dah biasa. Cuma nanti nak angkut barang masok lori, abang ipar saya akan buat semua tuh. Dia tuh dah lah baru baik sakit pinggang. Boleh ke dia nak angkut barang berat????

Riso pulak...
.haaa tengok..
.kan betol, Arissa tuh gedik.
hahahhahahahha
Arissa jangan marah haaa, ibu gurau jer.

Di kesempatan ini saya juga nak ucapkan terima kasih dekat teacher Arissa sebab dah menjaga Arissa dengan baik selama dia berada dia bawah jagaan Taska Permata Nur Airis. Insyallah, jika di izinkan Allah, kita pasti akan dipertemukan lagi. Kalau ada turun Kuantan, jangan lupa lah inform, boleh la kopi kopi ke, singah rumah dulu ke.

Alamak sedih pulak. Dahlah semalam saya pergi office dah menangis nangis dah. Sayang nak tinggal tempat kerja yang banyak memberi saya pengalaman baru. Tapi tuh lah, saya perlu bagi peluang pada diri saya untuk merasa pengalaman lain pula. Lagi pulak sampai bila saya nak duduk jauh jauh macam ni dengan Kutex, sampai anak pon macam tak kenal sapa abah dia. Really not good kan.

Maka saya harap, dengan keputusan saya untuk pindah ke Kuantan ni, dihargai oleh pihak tertentu. Saya berkorban demi keluarga saya. Bukan demi orang lain. So please jangan melakukan perkara perkara yang boleh membuatkan saya pikir perpindahan saya nih adalah sia sia. :)

Oklah.... have a great weekend peeps.

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 BiseekBuzz:

Huda Luna on October 22, 2012 at 10:16 AM said...

nanti aku g kuantan aku tepooonn ko ehhh
hehe

xpe kat kuantan mesti ada pengalaman baru

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template