Thursday, March 2, 2017

Day Trip to Kuala Gandah.

Wrote By aleen afifi
Cuti hujung minggu hari tu ada ajak Kutex bawa anak pergi Kuala Gandah tempat pemuliharaan gajah dekat Jerantut Pahang. Saya memang first time nak pergi so macam excited la sikit. Anak apetah lagi 3hari sebelum nak pergi pon asyik duk tanya bila bila bila bila.. Adoii berjanji dengan budak memang la dia syik ingat aje.

Gerak dari rumah pon dah lewat dalam pukul 11am tapi masuk highway dalam jam 12.30pm dah sebab singgah breakfast la isi minyak semua kan. Sampai sana tepat 1.20pm. Jam 1.30pm ada tayangan video so sampai terus masuk bilik tanyangan. Kuala Gandah Elephant Santuary ni memang tak kenakan apa apa bayaran pada pengungjung tapi visitor boleh nak sumbangkan duit pada dorang guna untuk selenggara tempat tu.


Arissa adalah sangat excited sebab nak tengok gajah kot, selama ni tengok dalam tv je kan. So hari ini boleh tengok real, dan dia super ternganga bila tengok gajah sebenarnya sangat besar in the real life.

Dapat entrance sticker, so boleh masuk jom. 
Ibu dan anak berpisah tiada. 

So layan gambar jela.
 Layan elephant show. Panas terik masa ni. Arissa dah berpeluh.

Ada dalam 6 ekor gajah masa tu dia cerita la dari mana asal gajah ni, dan sifat dia macam mana, ada satu elephant tu, macam kids lagi, dalam usia 10 tahun kot, ekor dia dah putus sebab terkena periuk api ke bom entah masa dia dalam hutan di Thailand. Kesian wei.

 Bagi dia makan sat. Makanan semua disediakan oleh pihak Kuala Gandah. Kita datang tolong suap aje. 

 Buat-buat berani.


 Bagi makan tebu pulak.
 Arissa dah start nak buat perangai, panas satu hal, dahaga satu hal, pastu mak sebuk plak nak suruh posing amik gambar kan. Peduli hapa mak kau khen!!!.
 Dia cuba nak berkawan dangan gajah tu. Tapi penakut.

Nak bagi makan tapi takut, so abah dia lah jadi peneman tarik tangan dia untuk hulur ke gajah tu. Tapi gajah ni memilih pulak, dah ramai orang bagi tebu dia tak mau dah, dia mau pisang epal la pulak. 

Jah oiii, orang dah bagi free tu jangan nak memilih la Jah oii..

Lepas jalan kat Kuala Gandah tu macam awal lagi kot masa tu, so teringat jalan nak masuk ke tempah gajah ni tadi ada satu tempat nama Deerland. Tempat ternak rusa la pula kot. So pergi lah sekejap. tiket masuk dewasa RM4 tak silap. Kanak-kanak RM2 kot. Hahahah lupa sudah. 

Ini lah rusanya, Macam biasa boleh bagi makan, dia bagi sebekas buah epal hijau yang dah dipotong potong kecil, dengan buah pear jugak. Lidah dia panjang ok hati hati.
 Arissa memang jakun la tengok rusa haa.


 Masa saya try pegang ular ni, Arissa dah menangis kat tepi tu, takot ibu dia kena makan dengan ular tu macam cite anaconda. Eh halo, ibu mu ini berani ok. Ewwwaaahhh.. Sebenanrnya saya sendiri pon gerun tapi nak cuba jugak. Tengok muka pon tahu seram dia macam mana.
 Yang tak tahu apa nama haiwan ni. Lupa nak baca board info dia.

Dalam Deerland ni banyak haiwan, macam merak, landak, ular, ulat gonggok hutan, kancil hutan, kucing hutan dan banyak lagi, so boleh tinjau tinjau, so boleh la bagi anak-anak mengenal binatang sikit kan. 
Deangan ayam pon nak bergambar.
layan je la.

Tu jela nak cerita.
Hahahahaha..
Nyesal ke korang baca?


0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template