Thursday, August 1, 2013

Kunci rumah dah dapat dah.

Wrote By aleen afifi
Hari isnin baru ni kan pergi ambil kunci rumah Damansara. Rumah tu dah lulus CFO so memang dah boleh duduk la kalau nak duduk. Tapi kami tak duduk lagi la sebab kontrak rumah sewa sekarang ni masih berbaki 3 bulan lagi. Insyallah la lepas raya, lepas abis kontrak rumah sewa, insyallah kami pindah masok la.

Sampai sana dekat jam 4 petang dah. Dah tak ramai dah dekat situ. Cuma ramai staff PASDEC jela kan.

Dapat hamper ni dari pemaju. Dapat wall clock jugak sebagai hadiah 'mengambil hati' kot. Sebabnya pemaju dah lambat 2 bulan lebih untuk handover rumah ni kepada pembeli.

Masa datang tengok rumah tu ada la staff pemaju ikot sebab nak check rumah jika ada kerosakan ke ape kan. Check punya check, banyak la pulak yang kena baiki. Haih lah. Plak tu dalam toilet bawah ade orang 'membuang'. Tak flush la sebab air tak sambung lagi. Kutex yang nampak, saya tak nampak. Sebab Arissa yang tak sengaja bukak kan penutup cover toilet bowl tu.

Checklist kerosakan luar dan dalam rumah. Woii banyak ooooooii.
Tangga untuk pasang siling ni dia tak keluarkan lagi dari dalam rumah tu. Haih la. Nak handover kepada pembeli sangat tapi tak proper la cara nya. Dah lah dekat bahagian tangga tu ada sisa makanan siap ada semut hurung plak tu. Bila semut hitam hurung dia buat sarang plak dalam frame pintu kayu ha.

Nih rumah Kutex tu ha.
 Ni nombor rumah ha.


Pintu belakang ni dah reput and kembang. Memang kena tukar baru.

Lepas tengok rumah. Plan nak berbuka kat mana la plak. Pegi la ECM pusing pusing.  Arissa la untung. Abah die beli banyak plak baju untuk.die. Untuk mak Arissa, abah die boleh tahan kedekut jugak sekarang. Haih...

Mula nak makan dekat Johnny's, tapi fully booked pulak. Then Kutex decided makan Kenny Roger's jela. Semua makan licin pinggan mangkuk. Lepas tu balik Kemaman, Kutex drive kete saya dengan Arissa tido je sepanjang perjalanan. Sampai pon Kutex yang kejutkan.

So plan nak basuh rumah besok la kot. Lepas semayang Jumaat la cadangnya. Tu jela pon nak cerita.





3 BiseekBuzz:

uMmI NuR aIn on August 1, 2013 at 3:15 PM said...

cantek umah akak...=)

sheisjaz on August 2, 2013 at 11:28 AM said...

yuhuuu..cantik umah aleen..kat area mane ni?

aleen avril on August 2, 2013 at 12:20 PM said...

sheisjaz:kat kuantan je...xmampu nak beli kat KL...mahai haih

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template