Tuesday, July 23, 2013

Cuti bersalin.

Wrote By Aleen Afifi

Eh eh eh. Bila masa palk saya mengandung tetiba dah bersalin plak kan.

Bukan. Ni saya nak share cuti bersalin negara lain selain negara kita, Malaysia. Saya tak ade nak bagi pandangan pape la. Anda lihat and nilai sendiri ok.

Negara Bulgaria
-diberi 45 hari cuti sakit bergaji penuh SEBELUM bersalin.
-2tahun cuti bergaji dan tambahan 1 tahun cuti tanpa gaji.

Bagi negara Bulgaria ni. Majikan tak boleh membuang pekerja wanita yang mengandung serta ibu tunggal.

Negara Brazil
-cuti bergaji diberi selama 4 bulan dan si bapa diberi paternity leave selama 7 hari.

Cameroon
-cuti 3 bulan bergaji penuh bagi ibu yang bersalin dan bapa diberi cuti bergaji selama 10 hari.

China
-cuti bersalin selama 3 bulan dan gaji dibayar penuh.

Cuba
-cuti bersalin selama 3.5 bulan dan gaji dibayar penuh.

India
-cuti selama 135 hari (Kerajaan Persekutuan), 90 hari (Kerajaan Negeri) dan bapa diberi cuti selama 15 hari dan gaji dibayar penuh.

Indonesia
-3 bulan bagi ibu dan 2 hari bagi bapa.

Italy
-5 bulan cuti bersalin tetapi hanya 80% gaji dibayar selepas bersalin.

Laos
-3 bulan cuti bersalin dan gaji dibayar penuh.

Sweden
-18 bulan cuti bersalin dan 3 bulan cuti diberi kepada si bapa. Gaji dibayar penuh dan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

United Kingdoms
-7 bulan cuti bersalin dan untuk 6 minggu pertama gaji dibayar 90% dan selebihnya gaji dibayar dengan bayaran yang ditetapkan mengikut tempoh waktu bekerja.

Malaysia
-3 bulan cuti bagi kakitangan kerajaan dan 2 bulan bagi kakitangan swasta dan gaji dibayar penuh. Serta 2 hari cuti diberi kepada si bapa.

Ok sekian sharing kita hari ini.
Selamat berbuka puasa.

2 BiseekBuzz:

Mrs. Amad on July 23, 2013 at 3:21 PM said...

kat tempat sy ni cuti 3 bulan tu terpulang pd kelulusan ketua jabatan.kalo die tak detuju, dpt 2 bulan je...papepun..sy ske sweden..

basir zahrom on October 1, 2013 at 7:10 PM said...

good info

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template