Tuesday, May 7, 2013

Pengalaman mengujakan walaupon sepatutnya ini kali kedua.

Wrote By aleen afifi

As Salam...

Semua pergi mengundi tak Ahad lepas? Saya pergi ok. Sepatutnya kali ini adalah kali kedua saya mengundi tapi oleh sebab yang pertama lima tahun lepas saya tak pergi ke tempat mengundi tepat pada waktunya. So kali ini dikira sebagai yang pertama kali la jawapnya.

Belah pagi saya kasi chance suami saya Kutex pergi mengundi dulu sebab tempat dia mengundi dekat je, saya mengundi jauh sikit.

Saya pegi ambil kakak saya dulu di rumah dia sebab kami mengundi di tempat yang sama. Saya sampai rumah dia, tau tak dia buat apa? Dia masih tido ok.

Tapi saya tunggu la dia bersiap segala. Nak sampai tempat mengundi tu adalah makan masa dekat sejam jugak.

Tempat mengundi adalah di sekolah rendah saya dulu.

Saya tengok sekeliling. Banyak sangat yang berubah. Suasana di situ sudah banyak berubah. Yang boleh saya simpulkan. Tukang kebun tak buat kerja kot. Hahahahha...

Dulu masa zaman saya sekolah situ. Tukang kebun ada dua org je. Pak Ali (arwah) dan Pak Daud. Sangat rajin mereka berkebun kat sekolah tu. Kolam ikan bersih sangat. Tapi masa mengundi baru ni. Semua dah tak terurus.

Dulu ada cikgu tu nama cikgu Mat Jusoh. Dia suka pada decoration. Rasa saya dia lah yang banyak menyumbang kepada kecantikan sekolah tu. Tapi sekarang mesti lah dia dah pencen. Huhuhuu..

Berbalik pada kesah mengundi ni.

Saya dan kakak saya (eh bukankah lebih mudah jika diganti dengan perkataan 'kami' je, buat susah susah je nak taip pepanjang)ada jugak bertembung dengan kawan kawan sewaktu bersekolah dulu tapi memasing segan nak bertegur sapa. Al maklumlah kami ni tak sehebat mereka. Mereka kerja kerajaan semuanya (yeke??). Haaaa mesti dorg pangkah kerajaan jugak la tu kan kan kan???..Hiksss.

Lepas dah buang undi segala.(tadi kata nak cerita pasal mengundi, tak cerita pon). Kami pergi ronda ronda dekat rumah lama ma abah kami tu.

Walaupon abah kami dah jual rumah tu tanpa pengetahuan kami. Tapi kami tetap ingat setiap kenangan yang pernah terpahat di situ. Saya happy tinggal di situ dulu walaupun saya bukanlah ramai kawan sangat kat situ. Lagikan tempat jatuh kita ingat, inikan pula tempat tido siang malam, tempat berteduh panas atau hujan.

Saya ingat lagi, dulu lepas balik sekolah mesti semuanya bantai tido sepam dua. Lepas tu sharp pukul empat petang mesti bangun. Kalau bangun lewat dari tuh mesti tak sempat nak kemas rumah. Ma balik pukul enam setengah. Ma kalau nampak rumah bersepah, dia akan bebel sampai tujuh jam (menipunya) lamanya. Ekekekkeke.

Kalau rumah macam tak perlu nak kemas sangat. Petang petang mesti pergi main galah panjang dekat rumah MakCik Murni sebab rumah dia ada laman luas sikit. Tak pon pergi rumah kawan yang selorong (tak pon dia yang datang rumah saya) bertenggek tepi longkang dan mula lah sesi mengumpat, berkongsi idea, cerita pasal mamat yang saya minat tapi tak sekelas dengan saya. Macam macam la dapat dibualkan.

Nostalgic gila bile dikenang balik.

Kenangan paling tak sangka terjadi adalah di mana ex-bf masa lepas SPM hantar saya balik lepas tuh dia nak balik tak boleh sebab tayar motor dia pancit/bocor. Call kawan kawan die, tak de sape nak datang tolong. Oleh sebab dah lewat malam sangat, dia terpaksa lah bermalam di rumah ma abah saya tu. Dia mesti tak ingat dah perkara tu tapi saya ingat. Huhuhuuu.

Kutex kalau baca entri ni, paragraph tadi tolong skip ok. Ekekekekke.

Saya dan kakak saya singgah la jugak ke rumah jiran depan rumah. Saje la kan. Borak borak sembang segala. Banyak betul info lapuk tapi kami baru tahu. Terkejut pon ada. Tapi biarkanlah. Mungkin perjalanan hidup mereka sebegitu. Perjalanan hidup saya sebegini. Haaaaaa gitu.

Dah borak sepam dua. Bontot pon dah kematu. Kami pon beransur lah. Balik lah ke pangkal jalan. Kesian plak kat Kutex jaga anak lelama. Bukan kesian sangat kat Kutex tapi kesian dekat si anak. Abah dia kalau dia yang jaga, asyik bagi makan snek je. Nasik tak bagi pon. Mana la perut budak tu nak kenyang.

Ok lah..

Kita jumpa lagi nanti nanti ok.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template