Thursday, February 21, 2013

Alkehsahnya di hari semalam.

Wrote By aleen afifi
Assalamualaikum...

Yadda yadda...Mana mood nak update blog nih...Sampai kesudah tak datang datang. Apekehalnya pon tak tahu. Addapavi.. Hahahhaa.

Ok semalam adalah anniversary perkahwinan saya dan Kutex yang ketiga. Bermakna dah tiga tahun kahwin. Ehh yeke?? Huhuhuhu.. Rasa macam nak jadik bujang balik boleh tak? Yadda yadda.Puiiii..

Selama saya kawen dengan Kutex nih saya memang tak pernah bagi dia hadiah apa apa pon. I is tak mampu. Ehhh tak, saya pernah bagi dia wallet, tapi dia tak pakai pon. Memang dia tak tahu menghargainya kot. Bukan senang sya nak beri hadiah kat orang haaa. Tak pa lah. Lantak. Dia nih pulak jenis pakai baang mahal mahal, sebab dia kan anak orang 'kaya', saya is anak orang miskin. Bak kata orang tua berkedut itu. Apa aku peduli??? Huh!!!!

Maksudnya disini, tahun ini saya sekali lagi takkan memberi dia hadiah apa apa pon. Macam last year saya dengan dia pergi jenjalan ke Bukit Tinggi, tahun nih saya rasa saya pergi dengan family saya je kot sebab dia dah bagitahu awal awal, dia tak mahu ke mana mana selain ke rumah mak kesayangannya itu. Sekali lagi saya tak kesah. Tak nak ikot tak ape, tapi yang menjadi kewajipan anda ialah, duit belanja jangan lupa kasik. Itu adalah tanggungjawap. Ececececcceeewwaah..

Malas lah nak cerita pasal ulangtahun perkahwinan *skema ayat bai* saya. Tak best ok..

Semalam saya adalah sibuk sesangat. Dah macam ADUN kawasan dah asanya. Pagi macam biasa saya hantar Arissa ke taska. Lepas tuh saya balik, kemas rumah mana yang anak saya dah sepahkan tuh. Jemur baju segala. Lepas jemur baju masuk dalam rumah balik, pegi dapur, basuh pinggan mangkuk yang makan malam sebelum tuh. Lepas tuh saya keluar pegi kedai beli barang nak masak tengahari kununnya. Tak masak pon, saya p makan tengahari kat umah mak saya, almaklumlah rumah mak dekat je. Dalam Kuantan jugak. Kalau dulu duk KL, mana mampu nak berulang nak makan tengahari kat umah mak. Kopak poket.

Tetiba pakcik saya call mintak hantarkan adik saya pergi sekolah sebab kereta dia rosak, dan telah masok workshop. Ok saya menurut perintah. Lepas tuh saya bawak mak saya pergi Pejabat Pasdec, sebab saya nak check status CFO rumah yang Kutex beli tuh. Orang Pasdec kata dia estimated dalam June nanti dah boleh masok umah. I is over excited. Tapi harus diingat, itu bukan rumah saya, itu rumah Kutex ok. Huhuu.. Saya orang miskin, mana mampu beli beli rumah nih. Isk isk isk isk..

Lepas tuh saya bawa mak saya pegi LHDN sebab mak saya nak check dia dapat tak BR1M tuh. Check lah jugak nama saya sekali. Sekali deeeeeeeengggggg!!! Saya adalah tidak layak. Addapavi yenedeyyyyy!!! Sebab tak layak, sebab suami/isteri kena cukai. Pooodddddddaaaacit sungguh. Tak apa lah, bukan rezeki kot. Orang LHDN kata boleh buat rayuan. Dia kata kalau rayuan confirm dapat sebab nak PRU dah nih, confirm kerajaan kasi. Ehhhhh saya dengar tuh dah cadang nak buat rayuan dah tuh. Sekali dia mintak slip gaji suami.

Hah!!!! Ko jangan mimpi lah Aleen ooooiii.. Kutex tuh saya tahu sangat dia macam mana. Berahsia nak mati. Sedangkan gaji dia pon saya tak tahu berapa, nih  kan pulak slip gaji buta buta dia nak kasik kat saya. Memang kirim salam maut lah jawapnya. Maka saya tetapkan hati, tak kan berharap dengan duit BR1M tuh. Nak duit nanti saya mintak kat Kutex je. Sebab dia kan mengaku dia kaya. Ehhh bukan dia lah yang mengaku tapi adalah sorang orang tua berkedut tuh yang mengaku. Huh!!!! kalau orang tua berkedut tuh mengaku kaya sangat, apesal aku dengar ko pon mintak duit BR1M. Hoiiii lah donia. Agaknya orang yang kaya memang macam tuh kot. Tamak haloba. Opppsss saya bukan kata kat awak. Saya kata dekat orang yang bila 'dia makan cili, dialah yang akan rasa pedasnya'.. Kan???? Pedas tak makcik???? Hahahahhaha

Lepas pergi LHDN tuh pergi pulak SSM dekat Mahkota Square tuh. Mak saya nak tutup pendaftaran syakirat dia tuh. Dia kan dah tak berniaga. So dia nak tutup lah. Guna perkataan 'syarikat' macam kan ada syarikat perkapalan je ko kan. Hahhahaha..

Lepas dah settle semua, saya bawa mak balik lalu kami berdua terlelap depan tv secara berjemaah. Sedar sedar jam enam petang dah, terus gegas pergi ambil Arissa ha. Lalu diri menjadi hampa, pulang terus ke rumah.

Itu saja kisah hectic saya pada hari anniversary ketiga.

Thank you for reading.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template