Thursday, January 3, 2013

Pindah ke rumah sewa dan mencuba untuk hidup berdikari.Ewahhh.

Wrote By aleen afifi

Assalamualaikum....Busy ke hari nih??

Nak cerita nih, hari cuti tahun baru tuh saya pindah rumah. Selama ni saya tinggal di rumah mak saya. Tercari cari jugak rumah sewa dekat dengan tempat kerja. Tapi tak jumpa. Rumah yang kami dapat nih pon bukan lah dekat sangat dengan rumah tapi boleh la kan.

Memandangkan Kutex bekerja di Kemaman, Terengganu tak ambil cuti tahun baru, tapi saya paksa dia untuk ambil cuti. Terpaksa lah dia menurut, kalau tak menurut, memang berapi lah hati saya, and saya akan membebel sampai telinga dia bernanah. Dia kenal saya macam mana. Saya kalau marah, memang kalah naga lapar. Erkkkk..
Kutex terpaksa cari lori sebab nak pindah kan barang saya dari rumah mak ke rumah sewa kami. Lori naseb baik kawan dia bagi pinjam. Jimat duit, tak perlu cari lori sewa.
 
Tapi cara Kutex bawak memang boleh mengundang ketawa terbahak bahak. Dia tak biasa bawak lori, jadi gayanya tuh adalah macam orang first time nak bawak kereta masa masok kelas memandu. Terhegeh hegeh. Terketar ketar parkinson tahap paling kronik. Sedih sangat tengok... Kah kah kah kah.-matiklah gelak kan suami sendiri.
 
Masa on the way nak hantar lori tuh ke tempat kawan dia tuh, kami nampak rainbow. Tunjuk dekat Arissa. Tapi dia mana lah tahu apa apa. Mak pak je excited lebih. Lama tau nak hantar lori nih sebab kawan Kutex tuh asyik tak angkat call. Kami ambil keputusan pergi makan dulu. Lepas maghrib baru lah dapat hantar lori tuh.
 
Haiiiiyoohh.. Rupanya kawan dia nih bakar daun kering kat luar, handphone dia tak bawak keluar. So dia tak perasan. Lepas dah hantar lori, balik lah apa lagi, saya balik teros mandi and tidur teros. Kutex saya perasan dia masok bilik dah dekat pukul dua pagi. Excited sangat cuci kereta walaupon dia tahu cuci kereta time hujan memang tiada gunanya. Haiiyooohh..
 
 
Jangan lupa kalau nak try VCO boleh order dekat saya ok. Ingat "Kelihatan cantik adalah kunci keyakinan".
 
Kalau nak boleh baca entri sticky post kat atas tuh...Selamat mencuba.
 


4 BiseekBuzz:

Rara Nasiha on January 3, 2013 at 4:32 PM said...

pindah memindah ni memang penat kan? boleh pengsan.

aleen avril on January 3, 2013 at 4:39 PM said...

memang...tmbh plak ada budak kecik dtg mengacau...

kita kemas dia sepahkan kita kemas dia sepahkan...

ohhh pitam,..

.::WaNiE::. on January 4, 2013 at 10:48 AM said...

dah dpt rumah ekk :p nanti kutex duk ngn ko tak

aleen avril on January 4, 2013 at 11:10 AM said...

xde la duduk sekali...jauh kot...

dia menyewa dkt kemaman la...nnt cuti hujung minggu dia balik la..

nnt umah sendiri siap br dia berulang ke tmpat keje..sbb dekat sikit...

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template