Monday, December 31, 2012

Hujung Minggu yang Hectic sangat kononnya.

Wrote By Aleen Afifi
Fuh fuh fuh…..

Tu bukan ludah tuh ok, tuh sound efek lap peloh seantero badan. Ceeeeaaaa… Nak cerita nih, hujung minggu Sabtu Ahad baru nih, punya lah penat. Sampai si anak pon tido kemain lagi dia terkangkang kangkang. Tak ade buat apa pon kat rumah tapi dia punya penat tuh macam ada jin aprit duk sedap landing buat photoshoot atas bahu ha.. Amboii melampau nya metafora kan.

Hujung minggu lalu, mak apak den tak do ket umah. Mereka p kolompo nu. Ade hal katenya.
 
Makanya saya duduk di rumah, terpaksa memaksakan diri cuci baju sendiri, masak lauk sendiri, mandikan anak sendiri, sapu sampah sendiri, jemur baju sendiri, angkat baju sendiri, lipat baju sendiri, simpan baju yang dah dilipat itu sendiri. Pendek kata panjang nafas, semuanya saya lakukan sendiri la. Sebelum sebelum nih, mak yang basuh baju, saya cuma jemur, lepas tuh angkat, mak yang lipat. Huhuhu. Kasihan mak.

Pagi Sabtu, bangun bangun, si anak sudah mintak nak makan nasi, so saya masakkan nasi and panas kan lauk malam tadi, sayur lemak kobis, selera sungguh dia makan.
 Layan anak buat lawak. Ce tengok dia pakai apa tuh. masyallah

Nak ikat rambut dia punya la bersilat.

Dalam pukul satu macam tuh saya janji dengan kakak saya nak p pasaraya tunas manja, ada sesi pertukaran pampers kat sana. Tapi dengan syarat kita kena bawak plastic pampers kita yang dah habis. Kami nih bendul jugak. Tak baca iklan sampai habis. Sebenarnya bukan dapat pampers pek besar pon. Dia kasik sample pek yang ada dua keping tuh je. Memang membazir masa sungguh. Tapi tak pa la, dapat lah jugak 8 keping dari tak ade langsung. Sebenarnya bukan lah tak mampu nak beli pampers anak, saje je nak meramaikan majlis. Ekekekkeke..






 Muka sesuci embun pagi sungguh. * sila setuju, kalau tak, tak mo kawan.


Lepas tuh saya dan kakak saya pegi tengok makcik saya baru pindah rumah. Rumah dia besar gile..Jeles plak saya. Huhuhuu..

Lepas dah singgah lepak lepak bergosip petang tuh, si Kutex call beritahu nak bawak kereta saya pegi check tayar. Sebab Jummat 2 minggu sudah saya hampir terbabas. So dia nak check tayar kereta tuh. Kalau memang botak ke ape, kita kasik tukar saje. Saya memang tak ade lah duit sendiri nak tukar. So Kutex la yang bayarkan. Dia kan kaya sikit dari saya. Ekekekkekek.. Pegi check tayar, tauke tuh kata memang sudah botak. Tayar depan sebelah kanan memang pernah ditusuk paku panjang masa saya kerja di KL dulu tapi dah tampal, tapi hari tuh ada jumpa satu lagi paku ok terbenam dalam tayar kereta tuh. Apakah motifnya, sapa lah yang nak sihirkan saya nih. Ekekekkek..

So tukar dua biji tayar depan adalah RM360. Bayaran untuk balancing and alignment, saya tak tanya pulak dekat Kutex. Biarkan saja. Jangan ditanya. Kalau tanya kang dia suruh saya ganti pulak duit dia tuh. So baik kita diam diam sudah.

Lepas pada tuh ingatkan nak ajak Kutex teros p Pekan, rumah tuan rumah yang saya nak sewa tuh. Sekali Kutex cakap dia nak pegi hantar mesin jahit mak dia pulak p baiki. Ok fine. Tak jadik p Pekan. Maka saya bawak balik Arissa ke rumah, landing baik punya depan TV, entah bila masa dua dua pon terlelap, saya sedar dah jam 8 malam. Time Maghrib pon saya bantai tido jugak. Memang tak bagus. Tapi Arissa tido seteret je ok. Dia sedar dekat dekat kul 10 dah. Tapi sedar kejap je, celik kejap then sambung tido balik. Penat buat ape entah dia tuh.



Cerita pagi Ahad pulak ok.

Pagi pagi lagi Arissa bangun mintak nasi ok, so saya buatkan nasi goreng ala western, cuma tumis bawang merah lepas tuh saya campurkan kobis purple sikit, lepas tuh masokkan nasi dan garam sikit. Memang rasa dia sama macam Fish n Chip ok. Sehinggakan Arissa makan 3 mangkuk ok.

Lepas tuh dalam kul dua petang macam tuh kakak saya dating and ajak pergi rumah kawan dia buat kenduri naik rumah. Ala kenduri tuh sederet dengan rumah mak saya tuh je. Perot pon memang lapar. So pegi lah. Lepas dah mentekedarah saya ajak kakak saya ikot saya pegi Pekan, pegi tuan rumah sewa yang saya nak sewa tuh. Sebab saya nak bayarkan duit deposit rumah tuh kat dia. Kang lama lama duk dengan saya kang habes plak saya buat shopping. Tangan saya nih bukan boleh percaya sangat. Ekekekekekek…

Lepas balik tuh singah rumah Opah saya. Opah saya kan sekarang tengah sakit. Kanser hati and doctor kata memang dah tak boleh baik sebab ianya dah merebak ke paru paru. Doktor suruh berubat cara lain la pulak kan. Sekarang Opah saya Cuma bergantung pada ubat hati Al-Jabba tuh. Alhamduliilah setakat ni dia, dah tak mengerang kesakitan sangat macam mula mula dulu.

Lepas dah singgah rumah opah, saya dan kakak saya balik lah ke rumah. Tu jelah perjalanan cerita hujung minggu saya baru baru nih.

Wangi wangi si pucuk serai,
Ditanam oleh Wak Kelembai,
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi membaca entri tak berilmilah ku ini…

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template