Thursday, January 10, 2013

Entah apa entah.

Wrote By aleen afifi

Tak tahu nak upate apa sebenarnya ni. Duk taip taip dua huruf, pastu backspace. Taip taip sepatah dua kata ucapan, tetiba jari telunjuk kanan tekan backspace. Tindakan reflex ke hapa tak tau la.

Ok nak cerita pasal anak la sebab saya tahu suami kesayangan si Kutex baca blog saya tetiap hari (perasannya). Sebab apa dia baca, dia kan penyibuk.

Arissa, sebelum hantar ke taska dah kena mandi pepagi sekarang ni. Selalu tak payah mandi. Tapi rules baru dah kena mandi dah. Tau jela saya keluar rumah selalu kul 7am dah keluar sebab tempat kerja jauh ha. Dah tu memang sebelum kul 7 saya memang kena mandikan dia.

Saya tak ada pilihan lain. Memang terpaksa mandikan jugak. Dia memang menangis meraung tak nak mandi. Sejuk barangkali. Kesian memang kesian. Tapi terpaksalah.

Malam tadi saya tido dengan dia, saya rasa badan dia macam panas, tapi tak kuat. Pagi ni saya kejutkan dia bangun. Lemah. Celik mata dia mintak air. Tak pernah pernah dia bangun tido mintak air. Jadi saya bancuhkan dia susu. Dia minum tapi separuh je,mungkin tekak pahit lagi baru bangun tido kan.

Lepas tu tanggalkan baju dia. Tetiba dia cakap, panas ibu. Memang badan dia panas masa tu. Then mandikan dia. Menjerit jerit. Kesian sangat.
Naik kereta.

Dia kata nak baring, so saya baringkan kerusi. Sampai taska, dia dah mula nak menangis, sampai depan pintu taska, terus meraung raung macam lagu newboyz tajuk meraung tu. Sayu hati. Mungkin dia dah mula nak demam betul betul. Sebab tu dia macam manja.

Saya tinggalkan dia masa dia menangis nangis tu.

Ohhhh rasa nak balik cepat je. Maka saya berdoa, cepatlah pukul 6pm... Kesian Arissa. Mohon Allah sembuhkanlah dia. Amin.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template