Jumaat lepas tengok cerita Jacky Chan tu. CZ12 tajuk dia. Best jugak cerita dia.... Meh saya bagi sinopsis la sikit.
Cerita dia macam nih. Jacky Chan nih dia nih kerja macam perisik upahan la ke macam pekerja upahan untuk kerja kerja yang orang biasa tak hingin nak buat sebab bahaya kerja macam dia nih.
Ok lah, saya ni tak pandai nak cerita ikot plot. Kita kasik belasah jela ok plot macam bingai sikit. Hahahhahaha. Pada zaman dinasti dinasti dulu kat China, ada satu taman yang dibina oleh raja lah kononnya. Dalam taman tu ada dibina satu kolam pancutan air yang mana disekelilingnya ada kepala binatang yang mewakili 12 zodiak.
Suatu saat tuh ada orang Perancik, eh perancik pulak, Perancis ok, datang menceroboh taman nih lalu mencuri kepala kepala binatang nih semua. Merkurun, eh merkurun pulak, asik typo je, berkunun jugak la benda nih hilang tanpa dapat dijumpai. Tetapi di Amerika (agaknyalah), kepala binatang zodiak nih semua dah ada di tangan orang Amerika nih. Siap dorang buat lelongan terbuka pada sesiapa nak beli nak buat hiasan kat rumah ke apa.
Rupanya tuh semua adalah palsu. Ada suatu sindiket yang hasilkan kepala binatang yang palsu nih. Canggih sangat. Siap ada mesin nak buat benda palsu nih. And outcome dia nampak seperti yang real punya.
Jacky Chan nih ditugaskan untuk mencuri kepala kepala binatang ni di sebuah rumah agam yang mana banyak tersimpan barang yang antik dan berharga kat dalam tu. Tujuan dia kena curi balik adalah untuk mengkaji sehahihan arca terbabit. Pasukan Jacky Chan nih memang terbaik dari
Satu hari tuh team Jacky Chan ni pergi ke sebuah pulau la kan. Sebab team dia ada jumpa satu lukisan, and dorang assume mesti ada something dekat pulau tuh. Maka pergi la mereka ke sana. Rupa rupanya, kepala binatang binatang 12 zodiak yang asli ada kat situ. Malangnya, belum sempat mereka mengeluarkan kepala binantang yang mereka jumpa tuh, sekumpulan lanun datang menyerang.
Scene dekat pulau nih banyak yang kelakar.
Oklah saya story sampai takat tu jela. Kalau nak tahu cerita nih sampai abes. Sila lah ke panggung wayang berdekatan. Memang tak rugi tengok cerita nih. Syok lah jugak.
Kutex ada tanya minggu ni nak tengok cerita apa pulak. Saya dah macam nak marah pulak dekat dia. Duit tuh berlebih lebihan sangat ke sampai selok tetiap minggu nak sedekah dekat panggung wayang.... Tapi bila saya mintak sedekah kan dekat saya, banyak pulak dia membebel.. Siap senyum sinis...Huh!!!!..
Ok lah jumpa lagi lah nanti nanti.
Ohh ya.. Kuantan dah start banjir. Harap sangat kaum keluarga saya baik baik saje sepanjang cuaca tak menentu nih. Terutama kesayangan saya si Arissa tuh.
2 BiseekBuzz:
so berapa bintang ni? macam best je :)
bintang tuk cite nih...adalah 9/10...
best..
Post a Comment
kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...
anda yang membuat pilihan...
senyum sikit...