Maafkan makcik sebab lama delay nak story sebab makcik dah tua. Selalu lupa " _ ".
Ok hari yang sama pergi Dusun Bambu tu, petang sikit pergi Floating Market. Sangat cantik bhai..
Korang layan gambar jela ok. Ambil gambar semua cantik cantik kalau pandai setting angle and fotogenik. Akak tak fotogenik so gambar akak semua adalah biasa biasa macam budak amatur sahaja.
Yang ni akak tak tahu dan tak faham kenapa nak kena tunduk ke depan semua.
Akak terpaksa duduk bawah sebab memang akak sakit lutut time tu -_-..
Belum ready, bradah jual beger dah snap dah. Gasak jela kan.
Ok yang ni gedik sikit.
Kat situ ada macam rumah tetengah tasik tu dia buat sewa costume wanita Jepun dan Korea.
So pilihan akak mesti la Korea kan.
Rumah ni lah yang dia buat bagi sewa costume tu. Dalam Rp150000.
Korang convert lah sendiri duit MYR.
jangan nak manja sangat. :).
Yang ni gambar dari fotographer situ, sebab masuk sini dapat 2 kupon untuk dapat ambil gambar melalui cameraman dorang. Tapi untuk printed kena bayar. Ada story pasal tempat printing gambar ni. nanti kat bawah kita cerita.
Gambar kurang lawa sebab yang ni yang akak scan aje yer. Gambar printed sebenar adalah sangat lawa ok.
Ok nak cerita peristiwa dekat tempat ni. Lepas dah bergambar semua dengan photographer dorang, kami pon pulangkan costume ke tempat sewa tadi. Siap salin baju masa tu dah pukul 5 petang dah ok. Kalau dekat Bandung, pukul 5 petang dia, macam pukul 6.30 petang kita. Dah hampir gelap.
Orang photographer tu cakap, kalau nak claim gambar ni kena pergi dekat kaunter depan dekat entrance so nanti boleh bayar dekat sana. Aku pon berjalan la dengan Kak Ida nyutnyutnyut ke depan nak collect gambar tu. Sampai depan, kaunter tu kata tempat printing dekat dengan restoran belakang sana. Weiiii, kaunter depan dengan kaunter belakang dekat restoran adalah jauh ok. Dekat 2km jugak kot (anggaran aku la). Apebenda la antara staff pon tak tahu location printing gambar. Aku dah berangin masa ni. Pak Supir dah tunggu kat parking bai.
Lepas tu aku dengan Kak Ida pergi la belakang, rupanya tempat printing tu tersorok di sebalik pokok buluh berdepan dengan air terjun mini buatan. Berpeluh ketiak beb nak sampai. Sampai sampai, oklah tak ramai orang, ada dua orang je tengah tunggu nak printing gambar. Aku orang kedua.
Tetiba......
Printer jem.
Glossy paper tak ade, ink colour gambar pon tak ada. Lepas tu si printer cuba pager walkie talkie colleagues dia yang lain mintak hantar kan glossy paper and ink/toner printer. Sekor pon tak reply pager budak tu. Aku tunggu. Setengah jam aku tunggu. Tak ade solution. Lepas tu dia boleh cakap.
'Mbak, maaf ya, rakan kami lagi istirehat makanya mbak tunggu lagi ya.'
Saat dah setengah jam aku nunggu tadi tu. Adalah lelaki local (Indonesia) beratur nak print gambar juga. Dia tunggu punya tunggu pun sama. Sekali dia mengamuk.Antara amarah dia.
'Kamu bikin apa ini, sudah lama saya nunggu ini'.
'Dari tadi saya lihat kamu pager sana pager sini, tapi ngak ada solusinya'.
'Kamu tahu ngak udah berapa lama saya nunggu di sini, ini mbak ini, lagi lama dari saya, sepatutnya kamu perlu ada backup, bukan gini caranya kamu diam aja bikin kami nunggu'.
'Saya cuma mahu nunggu lagi sepuluh minit aja lagi, kalau betul kamu ngak ada solusinya, saya mahu kamu refund duit saya.'
'Bikin kami semua penasaran aja, boleh ngak gambarnya di printing.'
Haaaaa tercengang budak tu. Barulah nak gelabah. Siap budak tukang print tu panggil si photographer tadi. Dengan photog tu sekali kena bambu dengan mamat yang mengamuk tadi. Yela sebab dia lah yang bagitahu kaunter print gambar dekat kaunter depan dekat dengan entrance. Haaaa padan muka kau.
Saat ini azan maghrib sudah berkumandang. Pak Supir juga nelefon nelefon kami kan.
Akhirnya boleh print gambar tu. Free dua keping je, kalau nak tambahan printing, so kos printing Rp40000 / keping gambar. So aku ambil tambahan lagi dua keping. Rp40000 x 2 so total Rp80000. Lepas dapat gambar, terus semua gegas keluar dari Floating Market. Sebelum keluar, bagi dekat pekerja depan tu kupon masuk tadi, so dapat coffee or milo free secawan.
Ok untuk hari kedua ni memang itu jela aktiviti nya. kami balik ke hotel lebih kurang sekitar pukul 6.45 petang. Balik hotel freshen up, mandi semayang semua. Malam tu kami semua tak keluar pon. Malas.
K bai.
0 BiseekBuzz:
Post a Comment
kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...
anda yang membuat pilihan...
senyum sikit...