Wednesday, August 23, 2017

Bandung Trip - Strawbery Farm, Floating Market & Dusun Bambu

Wrote By Aleen Afifi
Hari kedua berada di Bandung, memang dah ada dalam itinery untuk pergi ke Dusun Bambu & Floating Market. Oleh kerana tempat tu sedikit jauh makanya memang kami tak plan untuk pergi tempat lain dah selain dari dua tempat ni aje. Hari pertama dah shopping habis habisan kan so hari kedua ni kita rilex rilex, pergi sightseeing aje la kan. Duit dah surut dah kan. Ekekekeke.

Bersiap awal pagi tu sebab kami tak mahu Pak Uca yang tunggu kami, biar kami yang tunggu dia tak apa. Bila dah turun bawah, sarapan semua, tengok tengok bukan Pak Uca yang bawa kami hari ini, Hari ini Pak Muslin yang akan bawa kami ke tempat yang nak pergi tu. Pak Uca accident rupanya masa dia bawa pelancong dari China semalam tu. So dia tak dapat bawa kami, dia suruh anak buah dia bawa kami hari ini. Pak Muslin pon Pak Muslin lah kan. 

Muka kenyang, semua dah sarapan kan. 

Aku yang arrangekan hari kedua semua kena pakai baju putih tudung kena seragam. Tudung tu semua baru beli dekat Pekan Baru yang shopping semalam tu ha.. Aku paksa jugak suruh pakai. Naseb semua mendengar kata. Ikot cakap 'mak hayam' depa ni. Ekekekeke.

Bertolak seawal jam 9am macam tu, memula akan singgah strawberi park dulu tapi malangnya, masa kami sampai bukan musim dia so boleh tengok pokok sesaja. Buahnya ngak ada. Kat Bandung, pokok strawberi dia tanam dalam polibag besar atau kecil, bukan macam stail kita, guna paip yang dibuat lubang lubang kan. 

Haaa tak kisah lah kan camna cara depa tanam pun kan.

Bila tak ada strawberi, kami kutip lemon jela yang ada tumbuh 3-4 ketul sorang. Boleh la kan sebab dah bayar kan. Tapi kat sini ada jual air strawberi dia sedap gila. Bayar seorang Rp20,000 boleh petik strawberi kalau ada, so tak ada kan, makanya kami petik lemon sesajo. 

 Strawberi park strawberi non hado.

 Posing dulu kat nursery pokok cantik tak pernah lihat. 

Yang ni jalan dia berbukit tinggi tegak, seram masa Pak Muslin bawa kereta naik bukit ni. Sebab dia terlalu tegak. Tapi gua dapt mengatasinya kerna gua pepagi dah minum Do The Dew. ekekekeke.
Yang belakang tu semua pokok lemon berselang dengan pokok strawberi. 
Tapi pokok strawberi tak ada yang berbuah. Sadis tollll..

 Laluan ke kebun strawberi/lemon tu la. Dekat yooo jalan kaki je sudah dari parking kereta tu. 

Dalam nursery tadi.

Dah kenapa mulut aku cenggitu la plak. 

Lepas dah rasa macam kebun strawberi ni tak ada apa-apa so kita bergerak lah ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum tu kena la berhenti makan, solat dan membuang dulu kan. Sebab Floating Market dan Dusun Bambu tu Pak Muslin kata macam jauh sikit. So kita pergi la makan dulu.

Yang ni group photo selepas selesai makan, solat dan membuang/mentoilet. Hihihii.
Semua dah kenyangkan, so memang la sengih semua.

Inilah kedai makan sedap tu. Memang sedap. Pastu murah pulak. Kitorang amik set untuk 6 pinggan nasi plus 1 basket nasi tambah dengan lauk 6 -8 jenis. Tak termasuk sambal tempe (sambal dia bagi FOC). Dengan air 2 jug besar. Semua sekali Rp 140,000 aje. kaalu ikot converter handphone aku baru RM44.96 untuk semua makanan tadi. Gilak beb!!!!

Lepas makan, solat zohor jamak, pergi toilet semua, kita gerak ke Dusun Bambu. 

Sampai Dusun Bambu, kena beratur untuk naik buggy dia. Kena lah beli entrance pass dulu kan, kat sini lupa berapa bayaran dia. Dah naik buggy tu dia hantar ke dalam. Naik buggy boleh la sightseeing tengok permandangan dulu. Memang cantik kat sini. Ramai couple, couple baru kawen, baru bercinta, datangs ini. Suka tengok. Tetiba aku rindu Kutex. Tapi cepat cepat pikirkan menda lain. Sebab inikan time aku leisure dengan colleagues kan walaupun bukanlah sama umur. Ni semua baya mak aku je ni. Pedulik apa aku. Ekekekekeke..

Muka depa tak nampak sangat, terlebih 'nur' janji muka aku cantik berseri. Ewwaaahhh..

 Dekat tasik ni boleh naik sampan, samada ko nak dayung sendiri atau ada guide dia yang dayungkan. Kami tak naik pon sebab kejar masa. Tambah pulak, naik sampan dekat tasik kat janda Baik ade, buat apa nak naik dekat Dunsun bambu ni kan. Jangan nak bazir duit.
Aku jarang ada keyakinan nak senyum nampak brace, tapi yang ni gasak je la. Aku rasa lawa jugak pon nampak besi. Ko hado?

Tempat wajib ambil gambar. Dekat entrance Dusun Bambu. Batang buluh tu dia susun aje macam tu, jadi arca. So boleh lah ambil gambar buat kenangan dah sampai Dusun Bambu.

Sekali sekala posing over. 

Rumah kecik kecik tu sebenarnya ruang makan tau. Seat atas bantal je macam style Jepun duduk tu. And meja kecik rendah juga maca style Jepun. Kami tak makan pun, ambil gambar je sudah. 

Dusun Bambu Group Photo.

Yoga style. 
Kenkonon.

Cuaca nampak je panas tapi tak pun sebenarnya. Dia berangin je. Sejuk. Kat sini aku pakai balik tudung ni, hoiiii sangat la panas beb. Sebab kain dia jenis knitted. So kena pakai masa musim hujan je. Dia boleh memanaskan balik kan. Pakai masa kat Bandung tak terasa sikit pon panas dia. 

Kena rendahkan badan sebab Kak Idah tu rendah sikit dari aku kan. So terpaksa terkangkang macam tu. Hahahahhaaaa.

Tempat amik tiket nak naik sampan. 
Kami tumpang bergambar aje.

Maafkan kami, kami tak pandai posing.

Depan rumah kecik-kecik yang dijadikan ruang makan tadi. 

Entrance gate Dusun Bambu tunggu buggy amik.

Maaf gambar tak bersusun. Malas plak.
Janji update citer Bandung je sudah la kan. 

Lepas dah habis tour Dusun Bambu, kami gerak ke Floating Market pulak. 

Gua penat la beb, pasal floating market kita cite next entry jela k. 

Selamat berlunch uolls..





0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template