Haiii and salam uolllss (bajet ramai je yg jengah sini.. Puiii!!)
Ok lama jugak saya tak jenguk masok blog saya ni...tapi saya tetiap hari ada masa jengah blog fav saya yang lain. Biasalah orang tua memang macam tu. Blog sendiri malas nak update ye dak???..
Sekarang ni saya tengah commit dengan project menjahit saya. Suami saya si Kutex dengan baik hati, bermurah hati serta berbesar hati telah mengeluarkan modal permulaan untuk saya memulakan project saya ni. *sila tepuk tangan untuk beliau. Ekekekek. Mekasih ye awak.
So semalam sempat lah saya pergi membeli kaon untuk project saya ni. Sebagai permulaan saya cuma membeli 15m kain ni dulu.
Nanti kalau mendapat sambutan saya akan tambah stok la kan. Nak beli serelung teros macam kan aku ni usahawan terbilang macam "Comel tak KakTon". Saya belom sampai ke tahap tuh. Ekekeke.
Tujuan saya memulakan project ni adalah untuk membantu kawan saya yang mana saya kira dia sememangnya perlu untuk dibantu.
Oklah nanti kalau baju baju dari kain saya beli dah siap. Saya promo kat sini lah ok dan saya juga berharap anda pembaca pembaca saya sudi lah untuk membelinya.
Sekian dulu waktu ni. Hingga ketemu lagi.. As Salam..
2 BiseekBuzz:
Wahhh, kain-kain ni nak buat jahit apa ni? Jangan lupa post kat sini nanti :)
cantiknye kain
Post a Comment
kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...
anda yang membuat pilihan...
senyum sikit...