Sunday, March 24, 2013

Live update la sangat kan??

Wrote By Aleen Afifi

Saya sekarang berada di Shah Alam. Kiranya ni waktu tengah taip entri ni boleh lah kiranya nak buat caption #LiveUpdate. Waaaaaa gitu. Poyo itu mesti kena ada. Haaaa ko ade??

Perjalanan saya ke sini sangat sangat lah berliku liku. Meh sini nak habaq mai.

Bergerak dari Kuantan adalah pada hari Sabtu. Pepagi lagi ok. Jam 5.30am sebetulnya. Bawak mak pak and kakak segala. Malam tu dah bagitahu Kutex siap siap kita ni nak g pepagi. Kalau bole jam 3 4 am nak gerak. Selok nak g KL katakan. Sebab bawak CikRusiah kepochi dan HencikMokhtar tukang karut. Hahahhaaaa

Akan tetapi. *suspender ni...

Kutex adalah pulang ke rumah tepat jam 5am, dan ini adalah menimbulkan kemarahan sejagat.

Waktu tu saya dah packing seme barang nak lari ni. Ehh bukan lari. Hahah. Alkhesahnya. Masa saya bangun tu Arissa pon turut bangun. So bayangkan sajalah drama swasta tak berbayar tatkala saya melihat Arissa meraung raung memanggil saya sewaktu saya meninggalkannya bersama abah nya itu. Sedih sioooooottt.. *lapairmatahembushinguspekat* hahahha..

Skip la cerita perjalanan ke KL tu.

Sampai KL dalam pukul 9 macam tu. Pertama tama kami pegi KWC atau nama artisnya iaitu Kenanga. Ohh bunga sangat.

Bukan lah nak memetik bunga kenanga buat bunga rampai untuk majlis kawen adik lelaki ok. Tapi untuk membeli dan membelah serta membazirkan wang yang ada. Saya tak sopim pon. Mak saya dengan kakak saya yang selok nak sopim kan. Saya driver saja.

Pukul 12 lebih barulah keluar p tempat parking keta tadi. Saya masok kereta tempat pemandu macam biasa.

Memandu keluar KWC dan menuju ke Kg.Baru. Nak sapederd. *dah expert jalan tak sesat pon tau. Heibattttt mungggggg..

Masa saya nak keluar dari kereta nak g kedai makan tu. Barulah saya perasan. Saya telah kehilangan satu note duit bernilai RM50. *ehh skemanya ayat kauuuuuu!!.

Dah la saya tengah tak banyak duit sekarang ni. Dia boleh hilang dan tercicir pulak. Saya rasa ianya hilang sewaktu saya di KWC kot. Sedih tak sah cakap lah. Huhuhuhuuu sob sob sob. Nangis.

Lepas tu pegi Jalan TAR. Mak and kakak saya memborong sakan ok. Baju, kasut, bag, makanan *macam iklan Zalora plak* seme depa duk beli. Saya hanya mampu melihat. Tugas saya hanya membawa mereka ke tempat terbabit sahaja. Bukan turut sopim sama. Ekekekek.

Masa tengah sesak sesak napas cari parking di jalan TAR tu mak saya ada bercakap dengan pakcik saya ni. Saya tak pasti barcakap pasal apa. Meh la saya buat dialog. Ayat lebih kurang la tapi sure la tak sama. Lupa dah.

Mak: Heyyy susahnya nak cari parking kat sini. Agaknya semua orang suka sangat sopim sini dop abang dop???

Lepas tuh pakcik saya jawap.

Pakcik: Haaaaa apa dia abang??

Dia pegi panggil mak saya tu as abang. Dia la abang. Mak saya tu pompuan kot. Hahaha

Berdekah dekah kami duk ketawa dalam keta tu.

Ohhh tak kelakar ek.. Okkkk ok ok ok

Sambung cerita.

Dah puas membeli. Saya teros bawak dorang ke Shah Alam sebab saya nak pegi tanya UiTM kat mana fakulti saya tu. Lepas tu dalam pukul 6++ macam tu saya nak hantar mak saya naik bus utk balik Kuantan. Pusing pusing pusing pusing pusing pusing pusing pusing tak jumpa jumpa. Semua dalam kereta dah stress. Saya lagi la stress sebab saya yang memandu. Last last amik teksi minta dia tunjuk kan jalan.

Ma, pakcik serta kakak naik bus jam 10.45 malam.

Sekarang jadi masalah saya. Mana plak saya nak tido ni???

Ma saya pesan. Kalau tak check in hotel. Tido je kat masjid besor tu.

Saya try cari hotel kecik kecik yang murah sekitar seksyen 17. Hoiiii semua penuh ok. Last sekali memang saya terpaksa tido dekat masjid la. Saya masa tu pon dah penat sangat. Seharian memandu je kejenya. Sampai naik belengas satu badan. So saya pegi la tido kat masjid.

Parking kereta dekat port yang paling cantik menawan hati serta limpa dan hempedu. Then saya tido.

Lenaaaaaaa kau, sampai ke pagi. Sedar sedar dengar azan subuh haaa. Then saya bangun. Start kereta g cari tempat nak mandi. Saya tak mandi di masjid tadi sebab segan lah kan. Masjid ni ramai kot yang datang sembahyang subuh kt situ.

Dah siap segala urusan meng-refresh kan diri, saya terus menuju ke medan ilmu iaitu UiTM dihatiku *ewaaahhh* akan tetapi, untuk kumpulan saya. Hanya ada 2 orang student je yang datang. Sadis tahap ninja turtle kalah ok.

Lecturer pon tak masok ha. Huhuhuu. Sekarang saya duduk dalam kereta je. Jap g nak g surau jap. Kalau kelas pukul 2 jap lagi lecturer tak masok jugak. Memang saya bantai start kereta balik Kuantan jela terus kot. Hahahha.

Takkan saya nak tunggu sampai petang macam ni. Ibarat tunggu buah durian yang diperam masak ranum je ha. Adoiii..

Takkan lah saya salah kelas kot. Fakulti dah betul dah. For sure la bilik kuliah yang saya pegi itu adalah betul jugak *sedapkan hati*.

Ermmm.. Oklah sampai sini dulu ok. Nanti saya update lagi. Battery dah nak habis ni.

Babaiii.. Hepi Sunday peeps.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template