Thursday, February 7, 2013

Saya adalah saya.

Wrote By Aleen Afifi
Saja nak cerita pasal diri sendiri. Sebelom nih asyik cerita pasal Arissa je kan. Lalu jerit geram *hey nih belog sapa wei? Blog saya ke belog awak hah Arissa??? Alif Lam Lam Haaa. Tipu nanti awak berdosa. *ehhh tetibe. Ekekekekek

Jom lah baca dan kenali siapa saya. Ecececehhhh... Hak tuihhh..*ehh tak baik ludah kat sini. Alif Lam Lam Ha sekali lagi. Awak jahat. Hihihii..

  • Saya adalah anak perempuan kepada pasangan Mohd Afifi b. Mohd Nor dan Rusiah bt Husin yang kini sudah membawa haluan masing masing dan mempunyai keluarga baru masing masing.
  • Anak ketiga dari lima beradik seibu sebapa.
  • Keras kepala
  • Seorang yang cepat, cekap *kununnya* dan membuat kerja tak suka tangguh tangguh.
  • Suka menjahit. *ada dua mesin jahit secondhand di rumah. Salah satunya hadiah dari suami tersayang.
  • Suka gadget. Memang suka sangat.
  • Kalau dapat gadget baru, saya suka luangkan masa menggodeknya sehingga saya lupa time untuk makan, minum atau apa saja. Tapi kalau perut tak selesa dan mahu ke tandas saya akan segerakan.
  • Suka baca blog orang putih (english writer) tapi saya jarang berbahasa Inggeris kerna saya menyokong Bahasa Kebangsaan *pui.
  • Mempunyai seorang suami (buat masa nih) dan seorang anak perempuan.
  • Berkahwin (maksud pendek dari point sebelomnya)
  • Bekerja tetapi bakal berhenti tak lama lagi
  • Suka memasak, tapi kena tengok mood. Kalau mood malas jangan kan masak, makan pon saya malas.
  • Baru saja kehilangan nenek iaitu mak kepada mak saya.
  • Seorang yang poyo *apa itu poyo? kenkadang saje.
  • Suka buat muka. *diturunkan mandat ini kepada anak kesayangan.
  • Suka dengar suami sebut "I Luv u" pada saya tapi saya jarang nak balas. *sila jangan berhenti menyebutnya.
  • Suka peluk anak saya tapi tak suka jika dia terlalu bergantung kepada saya.
  • Yang paling penting, saya suka menjadi diri saya dan selamanya saya akan jadi diri saya. Bukan diri anda.
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....................

Ok dah.. Sambung kerja.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template