Hari ini sudah masuk usia seminggu arwah Opah meninggalkan dunia yang fana ini. Tipu kalau saya katakan kami sudah boleh menerima ketiadaannya. Masih kekok.
Kronologi kesakitan, dan pemergiannya.
Saya kurang mengetahui perjalanan sebenar, tapi saya minta saudara saudari yang mana mempunyai persaudaraan dengan saya, dan awak lebih tahu perjalanan sebenar, sila perbetulkan jalan cerita saya.
Kami mengetahui bahawa Opah sakit sekitar bulan November di mana waktu itu, opah sukar untuk kencing atau lebih tepat lagi adalah kencing tak lawas. Jadinya, kantung air kencing sentiasa penuh sehinggakan perut opah membesar. Lalu mak saudara saya membawa nya ke klinik untuk pemeriksaan. Bukan satu klinik yang mak saudara saya bawak tapi dua tiga tempat juga lah. Klinik Kurnia pegi, Kuantan Medical Centre (KMC) pegi, Al-Farabi pegi. Semuanya ambil darah opah saya, entah berapa tabung uji dah entah. Tapi result nak dapat kemain lama. Doktor kata ada suatu ketumbuhan di sekitar hati. Besar penumbuk jugak la kot.
Tapi bila check lagi, doktor kata kanser hati pulak. Buat CT scan, masyallah, memang ada sesuatu yang merebak di hati opah dan telah merebak ke paru paru. Disebabkan faktor umur, doktor tak sarankan kami membuat pembedahan. Semua yang mendengar berita itu, memang tak dapat menahan kesedihan.
Mata janganlah nangis.
Opah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana perutnya harus ditebuk untuk membuang air yang bertakung dalam tu. Sampai satu ketika doktor pindahkan opah ke wad Paliatif kerna menurut doktor, kes opah adalah kes kanser tahap akhir. Semua terpaksa redha.
Kurang lebih dua bulan berada di wad Paliatif, doktor menyarankan opah di bawa pulang kerna memang sudah tiada apa yang dapat dilakukan. Waktu dia wad ini lah, opah sudah tidak mampu untuk bangun, dan beliau dipakaikan lampin dewasa. Nak ambil wuduk pon mak saudara saya yang papahkan.
Apabila sudah dibawa pulang, keadaan opah tetap sama. Tak mampu berbuat apa apa kecuali baring. Nak makan pon beliau tak berselera lagi. Susah nak telan katanya. Opah solat pon dalam keadaan duduk bersandarkan bantal. Sayu melihatnya begitu. Saya sempat berdoa meminta Allah tak seksa opah lama lama. Kalau mampu sembuh, panjangkanlah usianya, jika tidak, janganlah Engkau seksa beliau dalam kesakitan begitu berlama lamaan.
Tapi ketetapan Allah memang tiada siapa mampu mengubahnya.
Tanggal enam Februari dua ribu tiga belas, opah saya menghembuskan nafas beliau yang terakhir, sekitar jam 8.25pagi di sisi kakak saya. Saya ketika itu sudah sampai di tempat kerja. Saya mendapat panggilan dari mak saya dan memberitahu bahawa opah sudah tiada. Kedengaran getar suaranya. Saya serta merta terketar ketar. Nak duduk tak kena, nak berdiri kaki serasa tak kuat. Saya rasa bersalah sangat sebab hujung minggu sebelum tuh saya langsung tak mengjenguknya.
Sewaktu saya memandu pulang, terpapar di ingatan saya semua kenangan saya bersama opah, kerna saya pernah tinggal bersamanya sewaktu saya bersekolah dahulu. Saya membiarkan sahaja airmata saya mengalir sewaktu itu. Pada saya, saya seorang cucu yang tak berguna. Sepatutnya saya mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk pergi mengjenguknya. Tapi apakan daya saya tak sempat. Andai saya mampu undurkan masa........
Sesampainya ke rumah opah, saya lihat sekujur tubuh halus berada di atas katil. Diselimuti kain batik lepas belum berjahit. Saya dapat melihat semua proses menguruskan jenazah opah saya. Entah berapa round saya menangis. Bukan saya saja, ahli keluarga yang lain juga begitu. Saya tahu mereka redha pemergiannya tetapi masing masing seakan sukar percaya.
Saya tak mampu untuk teruskan menaip entri ini. Cukup lah sampai sini saya sharekan. Saya cuba untuk tidak terlalu sedih tapi saya manusia biasa, saya tak mampu. Dari saya terus menangis meratapi, baik saya berhenti takat ni. Terseksa arwah opah di sana, kerna ada yang masih meratapi pemergiannya.
Saya doakan opah, tenang di sana. Moga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah buat opah sentiasa akan kami sedekahkan.
Wallahualam....
Kenangan dengan public phone
1 day ago
1 BiseekBuzz:
semoga arwah ditempatkan bersama orangx yang beriman dan beramal soleh..amin..
Post a Comment
kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...
anda yang membuat pilihan...
senyum sikit...