Tuesday, April 23, 2013

Sabtu lepas.

Wrote By aleen afifi
Assalamualaikum.....

Sehat ke?

Saya sehat je. Cuma kadang kadang tak cukup tido jee la. Ahad minggu lepas saya ada kelas macam biasa. So balik Kuantan memang saya penat gile kot.

Sebelum tu nak berterima kasih dekat sang suami si Kutex sebab dia dah kemas rumah sampai bersih. Pinggan dia cuci, kain baju saya lambak kat hall pon dia lipat. Memang bagus sangat dia tu tau. Mekasih ek.

Sabtu lepas saya ikot dia pegi majlis kawen anak buah dia di Kemaman. Siapa yang follow IG saya mungkin dah tahu la kan.
Saya tak ade la plak amik gambar dengan pengantin sebab dia kawan Kutex bukan kawan saya so saya tak perlu nak overshadow sangat. Ekekekeeke.


Sebelom pegi Kemaman tu singgah isi fuel dulu kan. Pastu Kutex beli Green Tea MinuteMaidPulpy. Tiga botol RM10. Siap dapat towel hijau cantik ni ha. Kalau nak jugak pegi la beli dekat mana mana Shell ok. Tu pon kalau masih ada jual la ek.

Lepas pegi kenduri tu, Kutex bawak pusing pusing kilang tempat dia keje pastu pegi tempat loading minyak yang dekat tepi laut tuh. Ada kapal kapal minyak duk bertenggek kat situ. First time dia.bawak g situ. Teruja si mak and si anak nya ni ha. Hahahha.

Lepas tu dah penat kami pon balik ke pangkal jalan. Balik Kuantan la balik kan.
Mintak Kutex benti tepi jalan yang ada jual sata dengan otok otok tu. Dia tak nak benti ok. Jahat sangat dia. Dah saya kempunan sampai sekarang. Huhuhuuu.





0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template