Monday, May 15, 2017

Bandung Trip - Terlepas Flight

Wrote By Aleen Afifi
Assalamualaikum..

Amboi lamanya Senah Ronggeng tak update blog. Busy sangat la uolls. Maklum la anak dan tiga ni kan (tipu je). Kali ni nak cerita pasal trip saya dengan akak akak office mate ke Bandung minggu lepas. Saja nak update awal sebab takot lupa. Macam trip Shenzhen-Guangzhou last year saya dah lupa macam mana perjalanan tour ke sana sebab tu kisah GHZ tu tak berupdate di blog sampai la ni.

Trip Bandung ni tak plan pon sebenarnya. Kami main redah aje. Sebab cuti bulan May ninkan banyak. Macam rugi je pulak tak guna sebaik mungkin. Decided beli tiket pun 20 hari sebelum thats means kurang dari sebulan la kan. So pepaham jela harga dia macam mana bila beli last minutes ni kan.

On the Wesak Day flight kami sepatutnya jam 1600 (4ptg) tapi.... kita sama sama baca perjalanan kisah Bandung ni macam mana yer. Jom.

Pergi 6 orang, tapi dari Kuantan - Kuala Lumpur yang naik van shuttle yang kami sewa hanya 5 orang. Yang lagi sorang husband insist nak hantar sampai KLIA2. So biarin ajah.😬

Gerak dari Kuantan dalam jam 0900 macam tu so sampai KLIA2 jam 1400. Still awal la kan. Kami semua pun tak ambil luggage tuk check in untuk flight KUL-BDO sebab semua pun yakin bag yang dibawa tak exceed berat yang dibenarkan. Kecuali akak yang tadi nya datang KLIA2 suami hantar tu, dia je yang ambil luggage masa flight ke Bandung. Nak dijadikan cerita.

Jeng jeng jeng...

Exceed limit berat yang dibenarkan. Iaitu melebihi 20kg. Sebab memang ambil 20kg je tuk flight pergi. Sebabnya salah seorang dari yang tak ambil luggage tadi nak tumpang satu bag tuk masok kargo malangnya bag dia sendiri pon dah 16kg lebih, tambah yang nak tumpang tu 17kg lebih. Ofcoz tak boleh. So dah lambat dekat counter check in baggage.

Then decided ambil la jugak luggage sendiri dan bayar semasa di service counter. Cadangnya yang nak tumpang tu tadi bawa bag besar untuk letak barang nak shopping. Tapi dah lain pula yang jadi. Dah spoiled kat situ. Ambil masa dekat setengah jam dah nak settlekan hal luggage. Tengok jam dah pukul 3.30pm. 

Alamak.

Kami rilex fikir masih boleh masuk sebab dah siap siap buat self check in. 

Tetiba masa pergi check tiket kat balai berlepas.  Staff tu kata last masuk adalah pada jam 1520 iaitu dah lebih 15min dah terlepas. Then dia kata, ' I tak boleh bagi uolls masuk sebab pass gate last time is   3.20pm. Kalau I bagi uolls masuk, I tak guarantee flight ada tunggu uolls.'

Hamboii , hamboiii , hamboiii.

Masa dia cakap macam tu, I terus libas tangan I tengok jam. Weiiii dah 3.50pm. Memang la logik dia tak bagi masuk. Tapi I cakap, we all try la kejar. Mana tahu sempat. Then dia release kami. Berkejaran la kami mencari gate Q5 bagi ruang menunggu kami tu. Lebih malang tidak berbau busuk lagi. Gate Q5 nun pucok hujung bangunan. Masyallah.

Saya dah ke depan sebab konon nak kejar orang yang jaga bahagian tiket sebelum masuk flight tu la kan. Dorang berlari lari anak di belakang kejar saya. Dah dekat nak sampai gate tu, ada pemeriksaan imegresen yang kena cabut bag jam semua tu kan. Sesiapa pon tak boleh terlepas pemeriksaan tu kan. Saya bawa 2 bag je. Bag sandang belakang satu, sling bag satu. Bila dah sampai gate Q5 tu nak keluarkan passport dan boarding pass sekali baru saya perasan sling bag saya tak ada di badan saya. Terus berdebor lain macam. Adoii macam macam dugaan.

Saya berlari semula di tempat imigresen kot kot saya tertinggal di situ. Alhamdulillah ada. Yang lain semua dah sampai di gate Q5. Once saya sampai situ, ada akak yang tunggu flight sama tanya 'kenapa mengah'? Saya cakap la saya berlari cari handbag tertinggal. Dia sambung 'tak yah lari lari, flight kita delay 40 minutes. Counter depan tak bagitahu  ke flight delay?' Saya jawab tak ada pon. Sampai di gate Q5 tu dah jam 1625. Naseb baik flight delay. Kalau tak delay. Saya balik semula la ke Kuantan. Adoiii.

Pasal kes luggage over limit je pon. 

Kesian one of my team tu ada darah tinggi so dia tak boleh la rush sangat. Berkejaran kejar flight bimbang tertinggal. Sampai airport Bandung pon dia punya senank dada sebab berkejar tadi tak hilang. Saya sedikit cuak sebab saya tak ambil travel insurance pon untuk semua orang bagi trip ni.😬😬.

Sampai Bandung terus ke Rumah Sulam Haji Ahmad. Borong telekung sakan depa depa tu. Lepas tu menyesal sebab bila hari kedua ketiga pergi tempat yang lagi murah dari harga Haji Ahmad bagi. Naseblah beb. Lepas ke Rumah sulam terus pergi makan kat Mitra Sederhana Pesteur. Makan malam masakan minang. Then terus check in hotel.

bersambung.....

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template