Minggu ni hari Isnin ada kursus di Bangi so appointment dengan dentist sebab nak pasang braces ni terpaksa di tunda kepada hari Selasa. Mula mula call clinic dia tak bagi kata putus samada bole tunda atau tidak. So call lagi then dia kata they managed to postponed to Tuesday.
Lepas training hari Isnin tu terus gegas nak balik Kuantan balik sebab appointment ni. Malam tu hujan lebat kat KL so driver tu pon bawak slow lebih kurang tapi ok lah sampai Kuantan tak ade la lewat sangat. Saya naik KTM dari Serdang ke Tasek Selatan then dari Tasek Selatan terus aje ke Titiwangsa.
Hujan lebat bila dah masuk KL so main redah hujan sebab nak beli tiket bus nak balik. Naik plak bus pasang aircond macam kat luar tempeture 60'c. Kita dah lah basah kuyup dalam bus sejuk gile pulak tapi lena aje sampai tiba di Kuantan.
Sampai sampai aje tak larat nak balik rumah so tido rumah ma aje dekat dengan terminal sentral tu.
So bangun pagi terus siap siap nak pergi jumpa dentist tu. Appoitment pukul 10.30am tapi sampai awal so lepak la dulu kan. Masa dia panggil tu memang cuak la jugak tapi cool la kan dah 3 series nak takot apanya. Malu la sedangkan budak 12 tahun pon tak cuak pon pakai braces.
Gambar kiri gambar kat rumah sebelom pergi jumpa dentist tu. Gambar kanan gambar sejurus selepas siap pasang braces.
Marilah saya cerita dari mula sampai habes ok perjalanan saya pakai braces ni. Saya pakai sebab nak rapatkan saf gigi yang semakin lama semakin jarang tak tahu kenapa.
Dua tahun lepas saya dah scan gigi saya ni sebab nak hantar kat lab kan. Tapi CD dia tu hilang entah kemana. Dah lah bayar RM 150 tuk dapatkan xray scan tu.
Buat scanning dekat Klinik Syarifah Kemaman sebab time tu memang saya tinggal di Kemaman. Lepas tu dah pindah ke Kuantan ni CD tu hilang kan. So pergi check up Klinik An-Nur Sg. Isap dia kata memang nak kena ada scan gigi tu jugak.Then cadangkan pergi buat kat Klinik Gigi Chan dekat area pasar. So melayang RM100 kat situ.
Haaa seram tak tengok? Memang nampak obvious kan gigi atas jarang. Nampak tak nampak tak. Kutex kan dia macam tak setuju sangat saya nak pakai braces ni tapi pedulik la kan. Saya bukan mintak duit dia pon kan.
So lepas dah ambik xray scan tu terus hantar ke Klinik An-Nur sekali bayar deposit RM2k. Saya compare harga bracesantara Klinik An-Nur dan Klik Chan yang saya buat xray tu. Beza harga banyak sangat. Klinik Chan boleh cecah sampai harga 10k tengok atas kesukaran membentuk semua susunan gigi. Tapi Klinik An-Nur paling mahal pon RM8k je. Amboi sedapnya tambah 'je' kat belakang ayat kan.
Deposit An-Nur ambil RM2k lepas tu lebihan tu dia amik RM200 setiap kali monthly checkup. Nak bayar lebih dari tu pon tak apa.
Lepas dah settle pakai ni dia bagi berus gigi khas tu. Kecil je sebab dia nak suruh kita korek gigi tu sebelom kita jumpa doktor sebab dia tak mahu la sebelom jumpa doktor tu tak elok la gigi bersepai taik gigi kan.
Tempoh pakai selama 2 tahun. Itu adalah maksimum sebab gigi saya tak teruk sangat. So bertahan la rasa tak selesa pakai ni selama 2 tahun. Sebab gedik nak pakai sangat kan. Hihihii.
Ok lah nak kerja. Nanti jumpa lagi ok.
Thursday, March 12, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 BiseekBuzz:
kak makna nya total keseluruhan utk braces brapa k?
saya punya total 5k..
total ni doktor bgtahu mengikut keadaan gigi..
Post a Comment
kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...
anda yang membuat pilihan...
senyum sikit...