Saya rasa saya macam dah lama tak mencoretkan sesuatu yang bermanfaat kat blog saya ni. Ececece.
Bukan saya malas, tapi sejak saya pindah tinggal di Kuantan ni, dan bekerja di Kemaman. Saya rasa life saya tersangatlah kelam kabut. Mudah penat. Saya ni saya akui la sangat pemarah and mudah marah. Sekarang ni saya rasa saya dah penat nak marah. Baru ambil nafas nak marah dah terasa penat. Mungkinlah sebab perjalanan ke tempat kerja dan balik dari kerja tu makan masa yang agak lama. So penat. Mungkin la kot.
(mengaku je la,penat sebab faktor usia dah kertu)
Saya sebenarnya balik rumah lepas kerja tak ade buat apa sangat lah selain layan karenah anak and kena masak untuk mengisi perut suami dan anak. Saya rasa semua wanita yang bekerja tahu macam mana penatnya bila dah balik kerja, terus kena meluru ke dapur siapkan bahan dan masak pulak.
Dekat rumah kain baju yang tak berlipat sejak pindah masok rumah tu awal December lalu tak bersentuh pon. Kalau nak cari baju anak, nak cari seluar kecik ke baju kecik ke asyik kena kais kanan kais kiri jela.
Rumah memang tak ada barang banyak, tapi pepaham jela kalau ada anak bawah umur 7 tahun dan dia jenis tak dengar nasihat kita, memang rumah akan sentiasa bersepah la kan.
Tapi tak ape. Selalunya Kutex rajin kemas. Kalau dia tak larat sangat baru lah dia lantakkan aje bersepah, besok baru dia kemas.
Saya sekarang selalu alami sakit sakit badan terutama di bahagian kiri belakang bahu dan juga cram kaki kanan. Memang kerap berlaku. Kalau saya pergi rumah mak, saya akan mintak dia urutkan. Boleh la lega dalam 5 6 jam. Lepas tu jadi balik.
Memang faktor usia la kot.
Sampai satu tahap saya fikir saya patut duduk rumah je. Yela kan gaji pon tak besar mana, kalau dikira kira gaji saya duk habes duit minyak kereta aje ulang alik Kuantan-Kemaman.
Tapi kalau usul dekat Kutex kita kata nak berhenti mulalah dia kelam kabut, padahal gaji saya bukan membantu sangat pon. Dia takot saya mintak duit dia kot.
Eh dia kan suami saya memang saya akan mintak duit dia la kan. Takkan saya nak mintak duit suami jiran belakang rumah pulak kan.
Hadoiiii sangat la.
Tengoklah nanti nak cakap baik baik dengan dia pasal nak duduk rumah ni. Tak larat sangat dah rasanya.
Lagi satu saya sangat kasihankan Arissa. Masa kami luang untuk dia adalah sangat terhad sekarang ni. Dia dah kerap demam kebelakangan ni. Saya rasa ini salah satu sebab di mana dia perlukan perhatian mak abah dia. Tapi selalunya si abah tak ambil port sangat.
Apa tindakan saya selepas ni? Tunggu lah update saya yang lain lepas ni. Kalau di izinkan saya berhenti kerja,duduk jaga anak. Alhamdulillah.
Kalau sebaliknya. Terpaksalah saya merasa penat yang ditanggung ni sehingga saya mati kot.
Huhuhuhuuu...
0 BiseekBuzz:
Post a Comment
kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...
anda yang membuat pilihan...
senyum sikit...