Monday, October 7, 2013

Saya sedih dan sebak.

Wrote By Aleen Afifi
As-salam..

Saya cuti sakit hari ni sebab saya demam. Tapi pagi tadi selepas saya hantar anak ke sekolah saya sempat singgah klinik sebab saya nak ambil cuti sakit (MC). Sebelom balik saya singgah beli sarapan. Nak masak saya belom gagah lagi.

Sampai umah makan semua. Saya buka laptop dengan harapan saya mampu menyiapkan assignment saya. Tapi saya selang selikan dengan membaca atikel artikel di blog kegemaran saya. Sampai baru kejap tadi saya terklik pada satu pautan link blog yang saya kira saya dah lama tak jengah. Blog beliau sangat sayu.

Dulu, lebih kurang lima ke enam bulan lepas, saya selalu masok blog Abil dan blog Akk ni, kerna saya ingin mengetahui perkembangan terbaru kehidupan mereka berdua. Tak banyak beza kehidupan mereka. Abil adalah suami kepada seorang pesakit asma iaitu Kak Fauziah yang semua orang tahu, Kak Fauziah telah pon meninggal dunia beberapa bulan lalu. Semoga Abil tabah.

Manakala kak Alia ni sakit kronik, lebih menyedihkan, sang suami hilang entah ke mana tatkala tahu si isteri sakit. Siapa yang tak sedih kan.

Sewaktu saya mula mula pindah tinggal bersama Kutex Mei lalu. Saya jugak pernah tak sihat lebih kurang seminggu. Demam panas, ulser mulut dan juga sakit sendi badan. Nak kata Kutex jaga saya sepenuhnya tak juga. Ada kadang tu dia macam tak percaya yang saya sebenarnya tak sihat. Saya memang ada tersinggung dengan kata kata nya di mana dia kata "alah demam sikit teros malas masak". Tapi dia tahukah tahap kebolehan saya bangun waktu itu pon bergantung tangan kepada dinding dinding rumah? tapi saya tak salahkan dia. Janji saya tahu yang saya bukan berpura pura sakit.

Dalam kes kak Alia nih. Saya kurang sahih dan saya tak dapat terima di akal fikiran saya di mana seorang suami sanggup meninggalkan seorang isteri bersama anak anak saat dia tahu si isteri sangat memerlukan sokongan sang suami. Mungkin lah beliau ada alasan munasabah dia sendiri, tetapi patutkah dia meninggalkan isterinya dengan cara begitu, di saat genting sebegitu?

Saya memang tak ada jawapannya.

Saya cuma berharap, kak Lia tu bertabah lah dengan dugaan yang menimpa dirinya. Moga dia cepat sembuh hendaknya, dan saya juga berharap yang anak anaknya mampu bertahan menjaga ibu mereka biar pon mereka masih mentah untuk memahami situasi yang sebenar sebenarnya.

Sama samalah kita mendoakan yang baik baik saja buat mereka yang kurang bernasib baik di luar sana.

0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template