Tuesday, May 21, 2013

Lain kali jangan lah bagitahu last minute. Tolonglah.

Wrote By Aleen Afifi
Assalamualaikum...

Hari nih hari Selasa ok. Harap maklum.

Saya sebenarnya nih tengah buntu nih. Bukan saya je buntu, Kutex pon sama. Kami memang sehati sejiwa *bluuuuwwweeekk. Kalau sorang kusut yang sorang lagi mesti kusut masai sama. 

Kalau dia sakai, saya takkan sakai sama. Saya akan cuba untuk menjadi sakan, di mana sakan tuh elok la sikit dari sakai. Biar je dia nak sakai sensorang.

Huhhuhu... Saya telah dikejutkan dengan satu berita dimana saya telah diterima bekerja di sebuah syarikat *bahasa buku teks, yang saya tak pernah pon ambil tahu pasal syarikat tuh, tapi bila dia panggil interview, saya pergi je sebab saya nak kerja dekat dengan Kutex. Huhuhu. Kalau boleh lah. Bagi lah peluang saya tinggal sebumbung dengan dia. Isu selalu gaduh sampai wrestling kita tolak tepi dulu. *ye ye je.

Sekarang nih kami dalam kekusutan di mana kah saya nak tinggal nanti. Anak nak letak mana? Bukan mudah mencari rumah sewa sekarang ni. Bukan mudah jugak nak cari orang nak jaga anak kita. Hoiii pening. Lagi satu yang saya pening kan. Assignment saya nih macam tak bersiap siap pulak. Adoii.. Mengadap die je sehari suntuk. Tapi tak siap siap jugak. Ngekkk betoii lah.

Tapi tadi Kutex bagitahu, dia dah dapat rumah sewa. Pada saya, mahal kot rumah tuh. Dah lah dia nak deposit RM3k. Tercirit saya dengar.Kutex dengar dia rilex je. Sebab bagi dia 3k tuh mainan je. Tapi kalau saya yang mintak 3k tuh. Tahu plak dia membebel bergunung gunung. Gunung Kinabalu pon tak begunung macam tuh. Huh.

Si Arissa nih plak satu hal. Camne lah dia besok. Huhhhu. Sedih kot nak tinggal kan Kuantan *ceh, macam tak balik sini doh lagaknya. Nanti Arissa bercakap slang Kemaman, adoiii mesti kelakar. 

Ok lah saya nak kemas barang. Kalau boleh lepas saya ambil Arissa nak teros bergerak ke Kemaman. Doakan saya lama bertahan bekerja kali ok. 

Selamat malam~ehhh silap. Hihihhihi..


1 BiseekBuzz:

.::WaNiE::. on May 22, 2013 at 9:15 AM said...

waaaaaaaaaa alhamdulillah

lepas ni dapat duk serumah la dgn kutex. moga2 korang makin rapat and intim jangan gaduh2 wrestling2 lagi dah. main kejar2 takpe ! kehkehkehkeh

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template