Tuesday, September 26, 2017

Bandung Trip : Kawah Putih, Situ Patenggang

Wrote By aleen afifi
Assalamualaikum...

Sehat ke semua? Kerja ok ker? Kalau tak ok pun kena hadap jugak kan. Huhuhuhu..

Ok ni part jenjalan paling last. Sebab hari ketiga ni adalah hari sebelum kami nak balik besok. Sebab besok kan tu balik flight tengahari so memang tak ada masa nak jenjalan lagi dah. Kita jenjalan dalam airport aje sudah. "_".

So hari ketiga kami dibawa pergi ke kawasan Kawah Putih. Sejuk tempat ni. Kawasan tempat belerang dari gunung berapi ni. Dulu dulu, ada tercetusnya gunung berapi sehingga kan larva yang mengalir telah membentukkan satu kawah. Airnya tidak boleh diminum, sebab nya aku tak pasti, tour guidenya ngak bagitahu. Hahahaha. Masuk je kawasan ni, bau belerang adalah sangat kuat. Face mask yang untuk tutup hidung tu ada dijual dekat enterance Kawah putih ni. Tak mahal pon tapi aku pon dah lupa berapa harganya. 

Aku memula masuk, nak muntah yang amat sebab tak tahan bau belerang adalah sangat kuat. Tapi lama lama jadi ok. Naseb face mask tu juga membantu tapis bau belerang yang kuat tu.

Punya lah gigih aku melompat. Berlagak muda tu. balik tu sakit abes kaki betis segala.



Gaya tak mau kalah ok. 

Another group photo.

Dekat sini ada banyak local people yang buat bisnes jadi photographer. Boleh siap print terus. Harga aku lupa. Memang la lupa sebab cerita ni zaman bulan Mac aritu, sekarang baru nak cerita kan.Hahahaha.. Acik busy uolls. Hihihi. Macam kami memang hire photographer local people.

Memula discuss nak bawa photog dari Malaysia macam CheTa tu tapi macam sedar diri la kan, kita bukan kaya macam CheTa tu kan. So cancel :).

Tengok apa pon aku tak tahu la. 

 Korang layan gambar jela. 
Aku tak reti nak letak caption ha. 




Lepas ke Kawah Putih, kami dibawa ke Situ Patenggang plak. Aku tak tahu nama dia betul ke idak, tapi aku dengar Jonathan bagitahu macam tu la. 

Tempat ni ada satu kapal yang besar telah terdampar dekat sini. Dalam kapal ni telah diubahsuai jadi restoran. Bau memang sedapla masakan dia. Tapi mahal bak hang. Oleh sebab kami semua ni dah hari terakhir di Bandung dah kan, ofcoz la duit rupiah masa tu tinggal seciput aje kan.  So kami amik gambar jela sudah. 

 Sebelum ke kapal itu, kat belakang tu. Masa pertama kali nampak tu, aku fikir ianya sama seperti bahtera Nabi Nuh. Besar dan kuat. Kita sedia maklum bagaimana bahtera Nabi Nuh dipukul ombak laut yang kuat. So aku bayangkan kapal ni agaknya adalah sebesar bahtera Nabi Nuh tu kot. 

Sangat impress. 
Sebelah sebelah kapal besar tu dia ada buat tempat beranda macam tu untuk kita bergambar nampak scenery cantik di belakang. Sangat cantik. Bagi yang sukakan scenery memang sesuai datang sini. 

Oleh kerana tempat ni tinggi bersebelahan dengan ladang teh yang luas, ladang teh kan cantik susunan pokoknya, so dia buat tempat beranda tinggi ni untuk kita menikmati permandangan cantik ladang teh dan tasik dia. 

Kami duduk duduk tapi sebenarnya gayat jugak. Sebab bukit dia tinggi dan curam. Dan sejuk jugak. Aku kalau pergi dengan Kutex ni sure peluk peluk ni, sebab aku memang jenis tak tahan sejuk.  
Ini dia Jonathan tour guide kami untuk hari ketiga. Muda lagi, dah berkahwin, dan mempunyai seorang anak perempuan. 

Tunggu waktu balik je ni. 

Atas retoran atas kapal.


Dari atas kapal. 

Kepala kapal. Amik la satu gambar kat sini. 


Aku waktu g Bandung ni memang suka sangat buat gaya cenggitu. Entah lah kenapa. 






So kami keluar dari tempat ni lebih kurang jam 6petang.. Tempat ni adalah sangat jauh dari bandar Bandung ok. So ko jangan expect sampai hotel masih cerah langitnya dan plan nak buat atau nak shopping plak di sekitar bandar Bandung. memang tak sempat sebenarnya. Kami malam tu berkira kira nak ke Chemplas Market. Sebab kat sna semua benda ada dijual. Tapi malangnya sampai hotel pon dah jam 9pm macam tu. Suruh tour guide hantar jugak ke Chempelas Market atau kawasan sekitar. Ermmmm semua dalam preparation nak tutup dah. Maka kami pon pulang ke hotel semula. Dan semua decided nak panggil tukang urut malam ni, kasik sental urat badan yang sakit sakit tu. 

Sejam Rp100000.

Semua amik sejam je sebab duit Rp dah non hado kan.

Malam tu semua tak berapa tidur sangat, sebab semua berkemas bag masing masing, dan semua risau takot over weight. Sebab dah over spending duit banyak dekat Pekan Baru ari tu. 

Ini sajalah catatan Bandung aku. 

Memang best. Nanti aku plan nak bawa family aku plak datang sini. Nak sponsor tu idak lah, tapi at least aku dah tahu tempat mana boleh pergi, tempat mana sesuai bawa budak tempat mana tak sesuai dan sebagainya.

Ok bai....



0 BiseekBuzz:

Post a Comment

kalau tinggalkan jejak anda adalah hensem. kalau tinggalkan komen anda adalah cantik...

anda yang membuat pilihan...

senyum sikit...

 

Like Seriously?? Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template