WARMEST WELCOME

WELCOME TO ALEEN AVRIL BLOG'S PAGE

ALEEN's FOLLOWER

Friday, February 24, 2012

Minat terbaru Arissa



Entri ini adalah entri auto published.
 
Kali nih nak cerita pasal Arissa lagik. Dia sudah pandai melasak yang super terkejot punya. Kesah nya macam nih. Hari kejadian adalah hari Rabu. Malam la. 

Lepas ambil dia dari taska. Bawak balik rumah macam biasa lah kan. Time dah dekat pukul 9 macam tuh nampak la dia macam dah tido. Sebelom dia mengamuk sebab mengantuk. Dia nih kalau dia nak tido dah memang tabiat dia suka nanges nanges, jerit jerit. Dah tuh dah nampak dia macam tenyeh tenyeh mata so aku bawak lah dia masok bilik. Tepok tepok tak jalan jugak. So then aku letakkan dia dalam katil dia la. Aku pon landing atas katil aku ha. Baring guling guling sepam dua. Terlelap kejap. 

Tapi lepas 20 minit aku sedar balik, teros bangun masok bilik air. Sebelom masok bilik air tadi aku tak jenguk Arissa pon dalam katil dia. Lupa. Sekali aku keluar bilik air jenguk katil dia. Dia tak ada kat dalam tuh ok. Aku tengok pintu bilik. Tutup rapat. Mustahil dia pandai bukak pintu bilik tuh. Ko tahu tak perasaan sentap anak hilang tuh macam mana. Masa nih dah berdebar, cuak macam kanggaroo sesat masok kandang singa. Uikkkksss.. 

Selang 3 minit aku dengar ada suara dari tingkap sebelah baby court tuh duk bunyi, uwahhhhh uuuuuwaaaahhhh....uuuuwaaaaahhhh... Sekali aku selak langsir tuh aku nampak Arissa ok. Dia panjat grill tingkap tuh sampai atas. Padan lah aku tak nampak dia tadi, duduk balik langsir rupanya. Mana la dia belajar panjat panjat nih. Aisehmen...

Pagi tadi plak [Khamis]. Aku bangun macam biasa lah, bangun bangun cari baju nak pakai dulu, lepas tuh baru mandi. Sebelom mandi bancuhkan susu Arissa dulu. Masa nih dia memang belom sedar sepenohnya lagi, cuma masa aku sua puting susu tuh dia ada lah celik sekejap. Then aku masok bathroom. Mandi seminit dua. Tahu tak masa aku keluar bilik air tuh nampak apa. Dia tengah buat apa. 

.tengah buat wall climbing kat tingkap nih. Aisehmen lagik...Adoiiii...la

Lepas tuh masa nak tarik dia tuh, dia boleh melalak plak sebab aku tak kasik dia panjat lagi. Ape lagi, menangis lah dia. Aiiiiiihhh la Arissa, macam macam la peel la hai Arissa wessss....

2 BiseekBuzz:

RaRa8821 said...

comel larh ank akaq..,geram giler..nak jge dier ley??hehe..x yah susah2 antar g taska..,btw..salam perkenalan..folow me back oke..

oranglidi said...

mak aiiihh anak ko aleen. msti ko mase kcik mcmtu gak. haha. ganas wo.
tapi bagus gak, dia berani. cume jaga2 sket tkut terjatuh lak.